Salam Reformasi
22.03.2001
http://komentar.terrashare.com

REFORMASI KITA APA KABARNYA?

Setelah laman-laman Web Pro Reformasi dikejutkan dengan pembuangan sementara (kata Tripod masalah teknikal) laman mereka oleh tripod, web master bangkit serta merta. Mereka menyambung perjuangan mereka, menggunakan "free server" yang lain. Tindakan mereka hanya melambangkan bahawa mereka mahu meneruskan perjuangan ini. Komentar tidak berhajat untuk "masuk bakul angkat sendiri" tetapi itulah hakikatnya. Tamatnya Komentar di Tripod, kami melangkah ke TerraShare ( satu lagi "server" percuma.

Dengan kekerutan muka dan tersombol biji mata, segala "file" yang boleh diselamatkan di selamatkan sambil membina tapak baru demi berpegang pada perjuangan tersebut. Apakah ini bukan usaha untuk menyemarakan kembali tuntutan reformasi? Atau setidak-tidaknya, tidak mahu membantutkan tuntutan reformasi tersebut.

Lain hal pula dengan senario Reformasi Petang Sabtu. Kelihatan pendokong reformasi masih setia. Tetapi kesetiaan beberapa mereka kini diselaputi kabus apabila DPS sepi dengan kehadiran mereka tidak disokong. Tidak macam dahulu, dengarnya DPS bagi menuntut Dr Mahathir undur maka mereka ramai turun mendesak. Tetapi kini mungkin saluran lain telah disediakan oleh Dr Mahathir. Balai polis senantiasa terbuka untuk kita membuat apa sahaja lapuran. Kita boleh hantar memorandum kalau tidak melalui DPS kita ada POS LAJU dan FED X. Kita boleh menggunakan sistem parlimen atau boleh membincangkan perkara ini dalam pertemuan kalau kita bersetuju.

Komentar tidak berhasrat membidas mana-mana pihak kerana Komentar tahu bahawa tugas untuk menghadirkan diri di DPS amat berat. Hadiahnya mungkin beberapa malam di hotel besi yang senantiasa menunggu reformis tetapi tidak pernah dikunjungi oleh kepimpinan korup kerajaan peringkat tertinggi.

Mungkin ada kebenaran apa yang dikatakan oleh salah seorang kepimpinan reformasi sedikit masa dahulu semasa Komentar mendengar syarahannya. Katanya kita sudah ada platform dan platform ini boleh digunakan bagi tujuaan menuntut perubahan. Kita berada diatas landasan yang betul dan tepat. Insyallah katanya marathon ini yang dijangka berlarutan sehingga 10-15 tahun akan berakhir dengan kemenangan. Jangan gusar katanya, negeri lain sampai 30 tahun pun ada.

Mungkin ada pesanan tersembunyi dari kepimpinan reformasi ini. Mungkin pesanannya boleh sdr-sdr ulas sendiri.

KOMENTAR