KOMENTAR

 

17.10.2000

Salam Reformasi

 

MB SELANGOR DIJANGKA AKAN MEMBUAT PERTEMUAN DENGAN PEMIMPIN PELAJAR UNIVERSITI DI SELANGOR

 

Komentar dimaklumkan bahawa usaha yang akan dilaksanakan oleh MB Selangor tidak berapa lama lagi adalah untuk mengaburi mata pelajar khususnya Mahasiswa Universiti di Selangor.  Komentar di maklumkan bahawa semua perbelanjaan bagi menghadiri perjumpaan dengan MB Selangor akan di biayai oleh Kerajaan Negeri. Tujuan yang utama MB SELANGOR adalah untuk meneruskan tindakan Mahathir membohongi rakyat yang kononnya mereka adalah pejuang Melayu dan adalah kerajaan yang akan senantiasa peka dengan suara dan hak rakyat. Mereka akan membohongi mahasiswa kita dengan kononya mereka tidak berdosa atas perlakukan mereka keatas Anwar Ibrahim.

 

Komentar mahu memberi sedikit nasihat kepada pemimpin pelajar kita. Lihat kekejaman yang mereka lakukan keatas Anwar Ibrahim. Tanya mereka apakah perlakuan mereka ke atas Anwar Ibrahim melambangkan mereka pejuang rakyat.

 

Tanya pada MB Selangor apakah beliau sendiri percaya tuduhan keatas Anwar. Setakat ini apabila UMNO ditanya khususnya MB SELANGOR , beliau akan menjawab “kita harus hormati keputusan Mahkamah”

 

Tanya pada MB SELANGOR yang lupa daratan itu, bukankah beliau pernah akui bahawa tindakan keatas Anwar adalah satu perbuatan zalim?

 

Ingat ke MB SELANGOR kata-kata itu. Jangan sekarang bila menjawat jawatan MB maka Khir sudah lupa mana kebenaran mana kepalsuan.  KATAKAN KHIR TOYO “ DEMI ALLAH SAYA MEMPERCAYAI TUDUHAN KEATAS ANWAR ITU BENAR” KATAKAN KHIR TOYO BIAR SUMPAH MU MEMAKAN KAMU.

 

Mahasiswa Malaysia, JANGAN TERTIPU DENGAN FITNAH JAHAT UMNO, KERANA YANG RUGI KELAK KITA BAIK DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT.

 

KOMENTAR