KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

29.06.2000

Salam Reformasi,

 

Hari ini menyaksikan dua kenyataan yang telah dibuat oleh Sdr Ezam Mohd Noor dan Sdr Tien Chua. Sdr Ezam Mohd Noor dalam kenyataannya menyangkal bahawa beliau pernah meletakkan jawatan seperti yang dimaklumkan dalam surat Marina Yusoff. Sdr Tien Chua dengan aggresifnya terus mengatakan bahawa ini satu perencanaan yang besar bagi mengugat kestabilan parti. Kenyataan Media Tien Chua di pamerkan dalam Laman Web Komentar. Apapun Komentar pasti jawapan mereka adalah demi perpaduan parti dimata luar.

 

 Harapan Komentar ialah apa yang diperkatakan oleh mereka  bahawa ini satu perancanaan jahat pihak-pihak tertentu diluar parti adalah benar.Sekurang-kurangnya sekiranya UMNO terlibat dalam okestera ini maka  musuh itu jelas berada dihadapan kita.

 

Kita tidak mahu apa yang berlaku adalah kita sendiri menjadi musuhnya. Kita tidak mahu tanpa kita sedari kitalah musuh yang menghancurkan kesucian perjuangan ini dalam menuntut keadilan dan membebaskan Sdr Anwar Ibrahim. Kita tidak mahu kitalah menjadi punca utama kegagalan kita nanti bila sampai kepada pilihanraya ke 11. Kita tidak mahu kita yang leka bermain dengan politik lantas perjuangan menuntut reformasi di cemari dengan budaya tidak sihat lalu tuntutan itu menjadi sebahagian dari sejarah kekalahan kita.

 

 Apa yang kita tidak mahu ialah ketidakjujuran kita pada senario semasa dengan menutup mata pada kepincangan demi menjaga maruah parti jesteru itu menenggelamkan matlamat parti dan perjuangan itu sendiri.

 

Kita perlu jujur dan lantas memperbetulkan keadaan seberapa segera agar perubahan itu lebih memantapkan kita sebagai satu organisasi pembangkang yang berwiba lantas berkeupayaan untuk menunjukkan makna keadilan sebenarnya kepada musuh yang sekarang sedang rakus memegang kuasa. Lantaran dari itu adalah menjadi harapan Komentar agar kenyataan Sdr Ezam Mohd Noor dan Sdr Tien Chua itu jujur dan sebenarnya keADILan tidak menghadapi perpecahan malah mungkin pada pendapat mereka, dibawah kepimpinan khususnya Chandra Muzaffar dan Anuar Tahir keADILan terus berkembang dengan pesat. Begitulah harapan kita selaku sama-sama terlibat dalam perjuangan menuntut reformasi. Begitulah harapan kita yang antaranya pernah merasa belantan polis, duduk dibawah penjagaan polis di lokap-lokap dan mengambil risiko demi perjuangan. Begitulah harapan kita INSYALLAH.

 

Begitulah harapan kita. Komentar percaya kalau kita ikhlas dalam perjuangan ini, tidak “mempolitikkan isu” sehinggakan sanggup menutup kejahatan dan kepincangan  demi kerana politik maka kita akan berjaya.

 

Komentar percaya kita harus jujur pada diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum melangkah ke dalam perjuangan ini.

 

Kita jangan sesekali menipu diri kita apatah lagi rakyat Malaysia kerana kita berlandaskan keadilan dan kejayaan kita hanya boleh diukur dengan terbebasnya Anwar Ibrahim.

 

Komentar yakin Sdr Ezam dan Tien Chua ikhlas dalam kenyataan mereka. Kita sebagai rakyat biasa akan turut mengikuti perkembangan keADILan.

 

Akhir kata : Kita perlu ikhlas dalam perjuangan ini dan tidak “mempolitikkan isu” sehinggakan sanggup menutup kejahatan dan kepincangan demi kerana menjaga nama dan maruah parti.

 

Sekian Terima Kasih.