Salam Reformasi,
24-07-2001
UMNO mengajak kita
menari mengikut rentak politik mereka lalu kita turut menari, mungkin ada
yang lebih sikit dari menari seperti Karpal Singh yang terus membuat
tarian "break dance" nya.
Ramai yang tertanya kepada Komentar apakah ertinya perubahan Komentar
dengan hanya berbicara sendirian dan tidak aggresif seperti dahulu. Ramai
yang bertanyakan kenapa tidak ada lagi isu hangat seperti isu Perwaja
Steel dan sebagainya. Kepada mereka yang bertanya, sebenarnya bagi
Komentar Web Site pro reform harus maju setapak lagi dengan tidak lagi
membuat duplikasi berita. Ini membuang masa dan menghadkan kita dari terus
berusaha memperjuangkan reformasi.
Saya percaya laman-laman lain sudah memuatkan suara rakyat, memuatkan
kenyataan akhbar kepimpinan dan artikel-artikel dari alternatif-net,
adil-net dan lain-lain web. Komentar lantas bertindak berlainan lalu
membawa pembaca meneliti isi hati Komentar atau komen-komen Komentar yang
berbentuk bicara sendirian. Isu-isu khas akan Komentar paparkan tetapi
ianya juga adalah dari sudut bicara Komentar.
Jesteru
itu perubahan Komentar ini juga menjemput para perjuangan reformasi,
tokoh-tokoh politik keADILan, PAS, PRM dan DAP agar meninjau kedudukan
kita sekarang berbanding dengan keadaan pada tahun 1998. Perjuangan 1998 TIDAK
PERNAH SALAH DAN TIDAK BOLEH DI PERTIKAIKAN OLEH KERAJAAN DAN UMNO. Perjuangan
apa? Perjuangan menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman nyata yang
diperlakukan keatas Timbalan Perdana Menteri. UMNO tidak berani memberi
ulasan tentang perbuatan Perdana Menteri Malaysia keatas timbalannya.
Pemimpin UMNO kalau ditanya samada percaya atau tidak tuduhan keatas Sdr
Anwar Ibrahim..mereka akan menyatakan mereka akur kepada keputusan
mahkamah. Mereka tidak akan berani bangun dan menyatakan bahawa mereka
percaya moral Anwar rendah dan mereka percaya Anwar terlibat dalam
perlakukan seks luar tabii.
Maka sewaktu itu Anwar jelas dizalimi dan menjadi mangsa kerakusan kuasa.
Kini perjuangan kita melangkau beribu-ribu langkah. Dari perjuangan itu
kita sekarang bangkit mencerita tentang kesalahan polisi ekonomi, masalah
sosial, politik Malaysia dan segala bentuk isu lantas konsentrasi kita
kepada perbuatan zalim keatas seorang manusia lantas mencabuli hak
kemanusian berkurangan. UMNO mengajak kita menari mengikut rentak politik
mereka lalu kita turut menari, mungkin ada yang lebih sikit dari menari
seperti Karpal Singh yang terus membuat tarian "break dance"
nya.
Komentar ingin membawa balik perjuangan kita khususnya reformis, perjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim dan seterus menegakkan keadilan dan jangan menari mengikut tarian politiknya.
Komentar sendirian.