KOMENTAR

 

16.07.00

 

KENYATAAN KOMENTAR

 

Sdr kita ada menulis berkenaan dengan JIM tempoh hari. (klik untuk membaca artikel itu semula)

 

Dimaklumkan bahawa Komentar dan dipercayai bahawa rakan Web Master yang terlibat dalam bertafakur seketika BUKAN dari desakan JIM yang dituduh mahu menjatuhkan kepimpinan Dr Chandra Muzaffar dan Anuar Tahir. Penglibatan kami dalam kempen bertafakur seketika adalah kerana setiap kami sedar akan kepincangan dan ketidak telusan kedua-dua kepimpinan tersebut dalam mendesak tuntutan REFORMASI tajaan Sdr Anwar Ibrahim. Komentar telah memulakan langkah mengkritik kepimpinan semenjak tamat pilihanraya ke 10.  Sdr/i Afa kita ini telah meletakkan Selangor sebagai pengukur mainan JIM tetapi perlu di ketengahkan bahawa peranan Anuar Tahir dalam pencaturan politiknya lebih hebat dan lebih dahsyat lagi dari keadaan di Selangor. Pemecahan berlaku di Wilayah Persekutuan, Serawak, Pahang, Johor dan yang lebih dahsyat lagi manipulasi mereka dikalangan kepimpinan tertinggi parti. Tuntutan mendesak kedua-dua mereka meletak jawatan setakat ini BUKAN hasil permainan JIM. Sdr mungkin terlampau ghairah menuduh JIM demi menjaga ABIM dan sekutunya. Kempen bertafakur dilancarkan atas kesedaran bahawa penjanaan kemenangan tidak akan berlaku selagi Dr Chandra Muzaffar dan Sdr Anuar Tahir tidak melepaskan jawatan mereka. Kempen itu tidak pernah mengariskan JIM atau ABIM mahupun bekas UMNO atau Semangat 46. Kempen itu hanya mengariskan Dr Chandra dan Anuar Tahir. Pemuda keADILan harus dapat memberi gambaran yang lebih jelas bagaimana reaksi dan ceramah Chandra yang membuat tuduhan menyeleweng keatas Sdr Anwar Ibrahim. Komentar percaya andai Ketua Pemuda keADILan Nasional boleh memberi jawapan yang ikhlas tanpa ada batasan politik maka kenyataan Komentar akan terbukti sahih. Fathi Aris Omar dari Malaysia Kini jelas mengkritik keADILan demi menyedarkan keADILan akan betapa pentingnya parti ini melihat, mendengar jesteru itu memperbaiki keADILan sebelum terlambat. Izin kan Komentar memberi kenyataan bahawa kenyataan Fathi Aris Omar  yang membincangkan senario politik keADILan merupakan satu sikap terbukaan yang dipuji. Komentar pernah dihina dikutuk dan dilebel sebagai UMNO dan SB kerana kenyataan keras terhadap keADILan. Apa yang kami lakukan adalah bagi menggesa Datin Presiden agar tindakan segera diambil supaya penyakit ini tidak melarat. Kini artikel Saudara kita ini ghairah membidas Fathi Aris dan menyifatkan Malaysia Kini sebagai Utusan Malaysia. Kini Fathi Aris dikritik . Sdr kini yang menulis artikel membidas JIM dan mengklsifikasikan  JIM sebagai perosak keADILan. Setakat ini KOMENTAR tidak nampak kebenaran faktanya.

 

Komentar percaya bahawa senario politik keADILan pasti berubah sekiranya kedua-dua ini meletak jawatan. Apa yang nampak jelas ialah kini beberapa kubu lahir dalam keADILan. Apakah kubu-kubu ini dicipta oleh Komenter? Apakah kubu-kubu ini terhasil dari laungan Kempen Tafakur seketika? Apakah kubu-kubu ini hasil ciptaan Fathi Aris Omar atau apakah ianya dihasilkan oleh kepimpinan itu sendiri lantas merebak menjadikan ianya satu penyakit yang kini menjadi kritikal. Komentar tidak mahu melaga-lagakan JIM dengan ABIM tetapi menyarankan kepada pembaca untuk sendiri mencari kebenaran. Tanyakan pada kepimpinan sekarang ini berapa banyakkan kepimpinan peringkat negeri dan bahagian telah terubah untuk membolehkan beberapa individu baru melangkau jawatan? Tanyakan juga berapa peratuskan pemimpin negeri dan Bahagian adalah anggota ABIM? Statistik antara ABIM dan JIM harus dikaji dan dinilai sebelum kita ghairah menuduh JIM sebagai perlaku pemecahan.

 

Komentar setakat ini belum mahu menegur baik ABIM mahupun JIM tetapi jelas dalam pergolakkan yang ada penglibatan diperingkat ABIM lebih ketara dari JIM. Apa pun penyakit dalam parti perlu disembuhkan. Kita tidak mahu perjuangan ini disia-siakan oleh kerana antara mereka ghairah mahukan jawatan. Ini amat menyukarkan perjuangan.

 

Yang pasti perubahan perlu kerana sekarang ini reformis jalanan yang sebelum ini tidak berparti tersisih dan suara laungan reformasi terpinggir.

 

Komentar tegas dengan pendirian.

 

Komentar