ANWAR TERUSKAN PEJUANGAN DIMAHKAMAH UNTUK MEMBONGKAR KEJIJIKAN MEREKA

Komentar 21/04/2000

 

Sdr Anwar Ibrahim perlu meneruskan perjuangannya di Mahkamah kerana ia berfungsi untuk mendedahkan segala keburukan dan kepalsuan yang ada. Jesteru itu dengan adanya proses ini dilaksanakan dimahkamah maka rakyat sedikit sebanyak akan didedahkan kepada keburukkan dan kejijikan perlakuan Mahathir. Sungguhpun rata-rata rakyat Malaysia sedar keputusan BERSALAH akan tetap dijatuhkan keatas Anwar tetapi dalam proses dimahkamah inilah kita didedahkan dengan isu sebenarnya. Dicadangkan juga peguam Anwar Ibrahim turut memaklumkan kami selaku web master akan kenyataan-kenyataan terperinci prosiding dalam Mahkamah agar rakyat semua dimaklumkan. Kepincangan dalam mahkamah ini dapat menyedarkan rakyat dan selaku web master inilah satunya tempat yang mampu kami tawarkan agar bahan-bahan dan kenyataan dapat dipertontonkan kepada semua rakyat Malaysia. Memandangkan Web Master jarang dapat kesempatan untuk hadir tetapi kenyataan-kenyataan ini boleh diemail agar DUNIA MALAYSIA TERSEDAR DENGAN PERMAINAN BURUK DR MAHATHIR

 

Kita harus tetap bersatu dan menentang ketidakadilan serta kezaliman.

 

Komentar