BERITA TERKENA HIBURAN SEKULAR

 

Kuala Lumpur, ISNIN- Para pelabur asing dalam projek E-Village hari ini mengatakan mereka mungkin akan menarik diri dalam projek berkenaan. Ini adalah berikutan dengan penafsiran terbaru Kerajaan Malaysia terhadapa bayaran Royalti. Menurut seorang pengarah filem terkenal dari Hong Kong, En Jackie Chan beliau takut  untuk mengeluarkan modal yang banyak di E-Village kerana belum pasti samada beliau akan dibayar wang ehsan atau tidak. Menurut beliau lagi perjanjian yang pernah ditandatangani bersama kerajaan Malaysia satu ketika dahulu mungkin hanya berstatus MoU. Lagipun kedudukan E-Village yang  berada  diluar 3 kilometer dari Hong Kong menyebabkan sukar bagi beliau mempertahankan haknya. Seorang lagi pengarah terkenal Holywood, En. Steven Spielberg turut melahirkan kebimbangan. Beliau yang terkenal dengan filem-filem fiksyen sains berpendapat dalam pelaburan perkara yang penting adalah keuntungan, jadi kalau setakat mendapat wang ehsan lebih baik beliau ternak dinosaur. Walau bagaimana pun En. Shahrukh Khan seorang pengarah dan pelakon filem dari Bollywood berkata beliau akan terus melabur dalam projek E-Village. Beliau melahirkan keyakinan yang tinggi dengan komitmen kerajaan Malaysia dan  apabila ditanya beliau hanya menjawab, "Hidung Mahathir sama macam hidung saya.."

 

     Dalam perkembangan yang lain, para pengusaha VCD dan perisian cetak rompak di Imbi Plaza dan Sungei Wang meminta kerajaan menghentikan segera tindakan merampas hasil perniagaan mereka. Salah seorang pengusaha kedai cakera padat tiruan En. Aziz Samsoden  berkata, dengan penakrifan baru istilah royalti sebagai wang ehsan kerajaan tidak lagi berhak merampas barang jualan mereka. Menurut beliau lagi setelah  membuat tinjauan rambang terhadap para pembeli rata-rata mereka mengatakan tidak mahu memberi wang ehsan kepada pengeluar asal cakera padat. Mereka juga berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana peka terhadap kehendak rakyat.

 

    Dalam pada itu di negeri Pahang, Persatuan Pembalak negeri tersebut berkata mereka bersedia untuk memberi wang ehsan kepada negeri tersebut hanya setelah kerajaan negeri bersetuju menghentikan kuota kawasan balak untuk Sultan. Jurucakap persatuan Tengku Wong mengatakan sejak kerajaan negeri memperuntukkan sebahagian kawasan balak kepada kerabat diraja mereka telah mengalami kerugian teruk. Sementara itu di Negeri Sembilan, kerajaan negeri berkata mereka juga akan menuntut wang ehsan dari penternak babi kerana kawasan menternak babi masih dalam lingkungan 3 km dari pantai Port Dickson.

 

    Menurut sumber-sumber Dewan Bahasa dan Pustaka mereka dikatakan sudah mecetak berjuta-juta kamus dewan yan baru dan menarik kembali semua kamus-kamus dewan yang sediada di pasar. Ini berikutan kekhuatiran mereka seandainya ada pihak yang membawa isu royalti ini ke mahkamah maka akan berlaku kekeliruan dalam penafsiran Dijangkakan apabila kamus cetakan terbaru dipasarkan satu akta baru akan dibentangkan oleh pakar undang-undang rimba Dr Rais Piatu. Ini bagi memastikan hanya kamus dewan terbitan terbaru sahaja diterima pakai.-EPF