DARI JEBAT 2020
 
 
Sebentar tadi saya sempat melayarai Laman Malaysiakini. Apa yang saya ingin
ulaskan adalah satu berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini berkenaan
artikel yang disiarkan oleh Akhbar Penipu UMNO Wawasan Merdeka (kepala
bapak!). Dalam satu petikan Akhbar Penipu tersebut, pengarangnya mengatakan
bahawa Laman web Proreformasi Malaysiakini telah Memaksa Dua Pemimpin
Tertinggi Parti keADILan meletak jawatan dan Menggesa semua lamanweb
Proreformasi melancarkan kempen bagi memaksa dua pemimpin tersebut meletak
jawatan. Saya adalah pembaca dan peminat setia laman Malaysiakini dan saya
tidak pernah melihat artikel seperti yang didakwa oleh Akhbar Penipu UMNO.
Apa yang saya ketemui adalah berita atau ulasan oleh Malaysiakini mengenai
tindakan beberapa buah Laman Web Proreformasi yang menjalankan kempen
Bertafakur Sejenak. Bukannya Laman Malaysiakini yang menganjurkannya. Inilah
kerja UMNO yang dikatakan MURNI oleh penyokong UMNO. Sudahlah Akhbar itu
akhbar HARAM sebab tiada cetakan permit dari KDN dicetak pula oleh pencetak
Penipu UTUSAN. Saya harap Pak Dollah akan beri komen kenapa Akhbar Haram ini
tidak dikenakan tindakan. Sudahlah tidak ikut peraturan, menipu pulak tu.
Saya juga ingin bertanya Pak Cik Dollah bilakah serbuan oleh KDN akan
dijalankan? Kalau tiada apa-apa tindakan maka sah lah bahawa mereka
menganggap Malaysia ini bapak dia punya. Ingat, Harakah yang sentiasa
mengikut peraturan termasuk mencetak perkataan UNTUK AHLI SAHAJA dan
menyediakan rak khas tetap dikenakan tindakan yang entah apa-apa. Akhbar
tidak berkala saudara Lutfi, HARAKI juga dikenakan tindakan.
 
Berkenaan tindakan Bertafakur oleh Laman Web Proreformasi, telah membuktikan
bahawa Perjuangan Reformasi bukanlah Untuk kepentingan Politik Individu dan
kami berani menentang Pemimpin kami bukan macam ahli UMNO yang kehilangan
'telur'. Sekiranya kami melihat kepincangan dalam kepimpinan, maka kami
tidak akan teragak-agak menukar pemimpin baru yang lebih berwibawa. Bukan
macam UMNO, walaupun pemimpin korup, nyanyuk, kronisma, nepotisma,
Fitnahnisma, Firaunisma tetap disanjung. Setiap kata Mahathir diangguk,
kalau Mahathir kata Jilatlah JU*** saya semoga anda sejahtera, saya yakin
seluruh pelusuk ahli UMNO beratur untuk melaksanakan Amanat pemimpin mereka.
Sekian.