DARI JEBAT2020
 
Semakin hampir dengan pilihanraya kecil Teluk Kemang semakin ramai 'ahli'
keADILan masuk UMNO. Jika dilihat dari satu segi ia menunjukkan seolah-olah
Parti keADILan sedang dilanda krisis. Tetapi sebenarnya bagi saya bukan
Parti keADILan yang dilanda krisis tetapi individu-individu yang keluar
parti sambil menyumpah seranah parti. Fenomena keluar parti ini pun
selalunya berlaku dekat-dekat dengan pilihanraya, samada pilihanraya besar
atau kecil. Tiba-tiba saja ada orang akan mendakwa beliau berjuang untuk
bangsa dan agama. Walaupun sebenarnya perjuangan mereka itu tidak lebih
kerana masalah dengan 'kantung' sendiri. Seperti orang mengantuk disorong
bantal, mereka yamg tiada prinsip dan maruah ini sanggup mengkhianati
kawan-kawannya sendiri. Kerana RM30,000 hingga RM50,000 yang disogok mereka
hilang pertimbangan.
 
Namun begitu kita perlu bersyukur kerana 'sampah' parti akhirnya membuang
diri mereka sendiri. Mereka yang cintakan RASUAH tiada tempat dalam
perjuangan Barisan Alternatif dan cukup sesuai untuk bersama Barisan
Nasional. UMNO dan Barisan Nasional tidak lebih sebagai sebuah Tong Sampah
yang cukup busuk. Terima Kasih kepada UMNO kerana sanggup mengambil sampah
dari kami, tidaklah diketahui samada ianya akan dilupuskan ataupun akan
ditabalkan. Kami harap ramai lagi sampah-sampah ini akan diambil oleh UMNO,
selain dari membersihkan Barisan Alternatif dari kekotoran ianya juga akan
mempercepatkan PEREPUTAN UMNO. Kepada sampah-sampah parti, fikirkanlah
adakah UMNO ikhlas terhadap kamu. IKHLAS tiada dalam kamus UMNO. Kamu jangan
menyangka bahawa rakyat percaya dengan tipudaya kamu. Kamu akan menjadi
sampah yang terus hanyut dalam longkang UMNO. Lihatlah Ku Li dan
rakan-rakan.
 
Parti keADILAn sedang menjalani proses pembersihan semulajadi dan ini akan
lebih memantapkan lagi parti. Tidak perlu kita memaksa sampah dibersihkan.
Bukan seperti UMNO sampah-sampah rasuah dikutip untuk menjadi pemimpin.
 
Jebat2000