JAWI DAN AJK MASJID MENGAJAK KEPADA PERPECAHAN UMMAH
   


 Pada masa kini di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Agama Islam
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dengan arahan memo pekeliling /
 JAWI(W/P)/bil:05/2001/mac, telah mengarahkan semua AJK dan Petugas-petugas
 Masjid adalah dilarang dan ditegah dari menyertai sebarang aktiviti /
 kegiatan dari pihak Parti Pembangkang, tindakan keras akan diambil
 sekiranya ada yang terlibat. Pihak pentadbiran sentiasa memerhatikan
 kegiatan anda semua.

 Memo atau pengumuman ini kami lihat dipamirkan di papan kenyataan dan
 dinding Masjid Ar-Rahimah Kg.Pandan yang dianggotai oleh Ahli Jawatankuasa
 Masjid dari kalangan Ajk UMNO@BN cawangan atau bahagian (syarat wajip
 menjadi ajk masjid di Kuala Lumpur sekarang), tetapi kerana perbuatan bodoh
 dan dungu Ajk Masjid Ar-Rahimah,terutama Pengerusi Masjid sendiri yang hanya
 datang masjid pada Hari Jumaat (pasal nak kira wang kutipan tabung
 masjid…..??? ) menjadikan memo JAWI kepada AJK dan Petugas Masjid sebagai
 "Pengumuman Awam" telah menampakkan kelemahan AJKnya serta bukti kukuh
 bahawa Islam itu hanya milik UMNO@BN serta penyokong kerajaan pemerintah,
 dan sesiapa yang bersama Barisan Alternatif adalah musuh Islam serta akan
 diambil tindakan keras….???.

 Sikap dan arahan pihak JAWI adalah telah menunjukan Institusi Masjid telah
 digunakan sebagai salah satu tempat gerakan Politik Sempit UMNO@BN … dengan
 memukul canang seluruh dunia bahawa PAS dan Pembangkang dituduh mengunakan
 Institutsi Masjid sebagai tempat berpolitik mereka …. Tapi apa yang berlaku
 dalam memo JAWI tersebut telah menjadi bukti kukuh bahawa kerajaan BN hanya
 pandai menuduh pembangkang tetapi mereka sendiri telah mencemarkan
 Institutsi Masjid melalui JAWI, dengan menerapkan politik sekular dan
 menolak perpaduan ummah di kalangan para Jamaah dan anak kariah masjid itu
 sendiri.
 Satu penghargaan yang tinggi patut kita beri kepada JAWI kerana melaksanakan
 arahan Kerajaan BN, apabila orang Islam dalam BN dilarang bersama-sama dalam
 aktiviti orang Islam dalam BA, ia sebenarnya mengundang sikap perpecahan
 ummah dikalangan orang Islam, mereka-mereka yang takut dan menjadi pak turut
 kepada arahan tersebut, akan menjadi "Kera Sumbang" atau "Katak Bawah
 Tempurung" dalam satu kelompok jamaah atau kariah tersebut. Akhirnya
 golongan "Kera Sumbang dan " Katak Bawah Tempurung" ini terpaksa menyisihkan
 diri sendiri dalam kalangan masyarakat mereka, kerana senario semasa di
 Malaysia sekarang adalah kesedaran dan kefahaman rakyat serta bangsa
 Malaysia mengenai kebangkitan Islam dan peranan Barisan Alternatif ke arah
 Malaysia Yang Adil telah mencapai tahap dewasanya.

 Sila lihat imej yang disertakan sebagai bukti kukuh kebodohan serta sikap
 tolol para juak-juak UMNO@BN yang sememangnya tidak mahu orang Islam bersatu
 padu serta perpaduan ummah dipertahankan.


PSARAFHQ