KOMENTAR

Komentar

11.05.2000

 

Komentar telah banyak menerima maklum balas dari pelayar laman Komentar. Bagi mereka yang tahu maka mereka telah mengalakkan Komentar meneruskan perjuangan, memberi ulasan agar yang bengkok dapat diluruskan, yang keroh dapat dijernihkan dan yang usang dapat diperbaharukan. Bagi yang tidak faham dan tidak mengerti maka kritikan menggesa Komentar memberhentikan penulisan sebegini dan menyaran agar Komentar hanya menulis perihal  kezaliman UMNO dan Barisan Nasional.

 

Saranan-saranan ini Komentar terima dengan terbuka. Akan tetapi apalah perjuangan ini sekiranya tulisan demi tulisan dilakar, kartun demi kartun diolah, jeritan ceramah demi ceramah dibuat tetapi penyusunan kearah kemenangan dan pembelaan keatas Anwar Ibrahim tidak dijana.

 

Apalah ertinya perjuangan ini sekiranya mereka yang sanggup diheret kemahkamah,  dipenjarakan dan dilibas dengan rotan tetapi wadah parti yang di pegang mereka mengutuk tindakan mereka. Apakah pejuang reformasi melakukan kesalahan dalam percubaan berhimpun secara aman dan berusaha menghantar sebuah memorandum ke BAWAH DULI TUANKU.

 

Yang lebih dari itu “Apakah menjadi satu kesalahan bagi Komentar mengkritik kepimpinan sekiranya kritikan itu bertujuan untuk membawa pembaharuan dan memperbaiki sistem kepimpinan yang sedia ada”

 

Andai mengkritik itu salah, andai mengkritik itu hukumnya adalah melebel Komentar sebagai ajen UMNO maka sayang, sikap kita tidak ubah seperti sikap mereka yang mendokong Dr Mahazalim.

 

Komentar menulis bagi membantu agar kita bersama-sama menguatkan kesedaran rakyat atas apa yang perlu kita laksanakan bagi menjana kemenangan dalam perjuangan ini. Komentar ulaskan semula, tujuan Komentar menulis perihal Jawatankuasa Monitor Media ialah kerana mahu jawatankuasa ini bertindak memantau berita-berita yang berat sebelah dari media kerajaan. Setiap berita yang berat sebelah dari kerajaan harus diolah dan disebarkan meluas termasuk melalui media internet.

 

Contoh

 

Satu pujian buat MALAYSIA KINI apabila mendedahkan media pegangan kerajaan memadamkan nama Mahathir sebagai antara 10 orang teratas dalam dunia yang menjadi “ anti kebebasan Media”. Ini adalah satu bentuk pemantauan yang hebat.

 

Jesteru itu Jawatankuasa Monitor Media seharusnya bergerak kearah teladan yang dipertunjukkan oleh Malaysia Kini.

 

Komentar seterusnya menulis agar jangan kita sekat perhimpunan Aman kerana perhimpunan Aman adalah krateria negara yang mendukung demokrasi. Penulisan ini berasakan suara-suara beberapa kepimpinan yang menolak rancangan Black 14 hanya atas alasan takut kepimpinan dan rakyat ditangkap. Buka minda kita, kalau pendokong Anwar Ibrahim berkumpul hampir 200,000 – 300,000 orang di Kuala Lumpur semata-mata menunjukkan sokongan keatas perjuangan Anwar Ibrahim kenapa sekarang kita harus menghalang mereka. Apakah dengan adanya Parti maka peruntukkan Perlembagaan yang membenarkan kita berhimpunan secara aman harus ditolak. Apakah kita sekarang harus terus menerus mengikut kehendak kepimpinan Barisan Nasional khususnya UMNO lantas mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh Mahathir.

 

Mahathir punya kuasa eksekutif yang cukup kuat. Mereka memegang Badan Kehakiman, mereka memegang Jabatan Polis, mereka memegang SPR, mereka punyai duit, mereka menutup akhbar dan menutup segala bentuk cetakan termasuk penyebaran maklumat yang mengkritik mereka dan kini mereka menghalang ceramah. Apakah harus kita lakukan?. Bagaimana kita harus mengerakkan kekuatan kita ?. Apakah dengan hanya bermesyuarat kita dapat membentuk kekuatan. Bagaimanakah harus kita perdengarkan suara kolektif kita sebagai rakyat yang menentang kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku ? Bagaimanakan harus kita semarakkan pejuang-pejuang keadilan kita?

 

Komentar meneruskan penulisan kerana semata-mata perjuangan kita lebih konkrit lagi. Kita tegur menegur dan bagi mereka yang hanya mementingkan agenda politik mereka , kita minta beliau beredar. Disini bukan tempat orang mencari “glamour” , “disini bukan tempat orang untuk mendapatkan popularity dengan harapan menang nanti dapat jadi menteri” “disini bukan tempat orang mencari kuasa dan seterusnya hanya mahu mengamal politik bertangga dengan budaya bodek”

 

Disini adalah tempat dimana kita menggesa keadilan, disini adalah tempat kita musnahkan kezaliman, disini adalah tempat kita mencurahkan bakti demi bangsa, agama dan negara. Disini adalah perjuangan dan disini adalah tempat untuk kita tumpahkan pengorbanan. Ini perjuangan dan perjuangan ini mesti diteruskan.

 

KOMENTAR