UNTUK MENJAWAB ARTIKEL ASTORA JABAT DI UTUSAN MELOYA

Pejuang Keadilan <abusalsabila@hotmail.com> wrote:

>From: Din Din  <marpiau@yahoo.com>
>Date: Thu Oct 12, 2000 7:09pm
>Subject: Rogol dalam bas dari sudut hudud-JAWAPAN UTK A.JABAT
>
>Bagi menjawab soalan ASTORA JABAT ulamak serong,
>bagaimana nak melaksanakan hukum hudud untuk kes
>rogol, terlebih dahulu perlu diterangkan, hudud
>bererti had atau larangan. Ia lebih kepada sifat
>pencegahan.
>
>Berbalik kepada perlaksanaan hudud untuk kes rogol.
>Pada zaman Nabi Muhammad saw, diriwayatkan oleh Wa'il
>ibn Hujr bagaimana seorang wanita hendak pergi
>bersolat, dan dipertengahan jalan dia telah diserang
>oleh seorang lelaki yang kemudian merogolnya. Wanita
>tersebut bagaimanapun akhirnya dapat menjerit dan
>lelaki tersebut terus melarikan diri. Jeritan itu juga
>menyebabkan sekumpulan Muhajirin datang. Wanita
>tersebut menceritakan apa yang berlaku, dan akhirnya
>lelaki perogol tersebut telah dapat ditangkap dan
>dibawa mengadap Rasullullah saw. Nabi berkata kepada
>wanita tersebut "Pulanglah. Allah mengampunimu". Untuk
>
>perogol tersebut, baginda berkata "Rejam dia dengan
>batu hingga mati"  (Tirmidhi dan Abu Dawud)
>
>Ini menunjukkan untuk kes rogol, bukti yang ada pada
>seorang wanita yang menjadi mangsa itu sahaja sudah
>cukup untuk menghukum perogol. Tak perlu ada saksi
>lain. Zaman sekarang, teknik medical yang ada dengan
>senang sahaja dapat membuktikan sesuatu kes rogol.
>Harap tak ada yang terus mengatakan hudud hukum Allah
>itu tak lengkap bila sebenarnya diri sendiri terlalu
>bodoh untuk melaksanakannya, macam ASTORA JABAT ni.
>Hudud bukan setakat menghukum, tetapi merangkumi semua
>aspek sistem keadilan dan keselamatan yang mengambil
>kira fitrah manusia itu sendiri. Janganlah berterusan
>memberi alasan untuk menghalang kita dari
>melaksanakannya.
>
>Firman Allah: (An-Nisaa ayat 61)
>"Apabila dikatakan kepada mereka 'Marilah kamu
>(tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan
>kepada hukum Rasul', nescaya kamu lihat orang-orang
>Munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya
>dari (mendekati)kamu"
>
>Wuallahualam.
>