KOMENTAR

27.11.00

SOKONGAN CINA MAKIN PADU UNTUK BARISAN ALTERNATIF

Sedang Datuk Chua Jui Meng hadir ke Lunas dengan menaiki helikopter, sedang mereka mengadakan jamuan di Hock Teik Soo dengan kemewahan makanan dan hiburan yang di hadiri oleh hanya 400 orang Cina, golongan Cina memilih untuk hadir ke jamuan di tempat yang sama minggu sudah dengan kehadiran sebanyak 4,000  (rakyat Cina)  dengan makanan yang perlu mereka bayar sendiri.

Sogokkan kemewahan oleh BN tidak berjaya. Begitulah sebenarnya yang di lapurkan oleh media SUN pada 27.11.2000 dalam artikel muka 3 berjodol  "MCA LAUNCHES ATTACK ON keADILan IN PURSUIT OF CHINESE VOTES."

Lapuran akhbar tersebut memaklumkan bahawa jamuan makan percuma yang penuh dengan kemewahan dan hiburan yang di lakukan oleh MCA hanya menarik 400 orang sedangkan di tempat yang sama, jamuan makan keADILan yang  tanpa kemewahan dan perlu di bayar  di hadiri oleh 4,000 golongan dan masyarakat Cina.

Sokongan Cina semakin pudar di Lunas. BN semakin terpinggir dalam pilihanraya Lunas dan sekarang sedang rancak menabur wang demi membeli undi.

Apakah ini satu keadilan dengan menggunakan jentera kerajaan, wang rakyat untuk menaburkan kemewahan demi meraih undi ? Mereka menabur wang tanpa segan silu untuk kejayaan.

BN semakin terdesak.

KOMENTAR