KOMENTAR

 

20.10.2000

Salam Reformasi

 

KHIR TOYO HARUS SEDAR MAHASISWA TIDAK BOLEH DI BELI DENGAN PALSUAN

 

Komentar di maklumkan bahawa Menteri Besar Selangor telah cuba memancing pelajar khususnya dari IPTA untuk kembali menyokong UMNO demi perpaduan Melayu. Salah seorang dari mereka yang hadir di Kediaman Resmi MB Selangor pada 19.10.2000 berkata MB Selangor itu cuba mengaburi mata mahasiswa dengan keperluan Melayu untuk bersatu. Jamuan bersama MB Selangor tersebut sungguhpun pada asasnya baik tetapi niat mengaburi mata pelajar/mahasiswa untuk bersama-sama UMNO mendokong perbuatan fitnah dan kezaliman amat keji. Khir Toyo berusaha untuk meracuni minda mahasiswa dengan memberi input yang tidak telus dan hanya beragendakan Mahathir dan bukan agenda rakyat.

 

MB Selangor ini semestinya nampak bahawa mahasiswa Malaysia tidak lagi menyokong UMNO atas perbuatan jahat mereka kepada Sdr Anwar Ibrahim.

 

Komentar juga mengucapkan syabas kepada Mahasiswa UM dan UIA yang terus menolak cubaan Khir Toyo untuk menjajah minda mereka.

 

Khir Toyo setakat ini hanya mahu membawa wadah Mahathir dan tidak suara rakyat. MB ini di lantik hanya untuk terus mengukuhkan kepalsuan Mahathir dan peranan Khir adalah untuk memanipulasi Mahasiswa.

 

Komentar menyaran agar Mahasiswa bangkit dan tidak bersenkongkol untuk menegakkan fitnah dan memungkaran.

 

Komentar