BERSAMA KOMENTAR SETIAP JAM

 

PEMBEBASAN PEJUANG REFORMASI

 

PENJARA KAJANG

 

8hb Dis 2000

 


10.05 pagi

Mereka selesai menunaikan solat kesyukuran di Masjid Jamek Kajang. Selepas ini mereka akan menuju ke Masjid Negara. Ustd Fadzil Noor akan menerajui konvoi ke Masjid Negara. Pendokong Reformasi, hadir ke Masjid Negara untuk menyatakan sokongan kepada Barisan Alternatif

 

 


9.45 am

Mereka sekarang di Masjid Kajang. Kawasan Masjid sekarang sarat dengan pendokong Reformasi. Kepimpinan lain turut hadir di Masjid Jamek. Semua kelak dijangka akan menunju ke Masjid Negara selepas ini.

 

 


 

9.33 am

Setakat ini mereka berjalan dari simpang penjara menunju ke Majsid Jamek Kajang. Mereka akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara. Bagi pendokong reformasi Sila tunaikan solat Jumaat anda di Masjid Negara.

 


 

 

KENYATAAN MAHFUZ 

Keji perbuatan Polis

 

YB Mahfuz telah melapurkan bahawa beliau telah di bebaskan jam 2.10 pagi semalam. Beliau pada asalnya mahu dibawa dan di tinggalkan di Metro Kajang. Kemudian YB Mahfuz terus di bawa menghala ke Tol Rawang yang mana YB Mahfuz telah turun dari Pajero Polis dan kembali ke Penjara.

 

Apakah rasional perbuatan Polis ini ? Takut kehadiran rakyat di Penjara Kajang, mungkin?

 

 


 

9.10 pagi

 

Kesemua Pejuang di bebaskan. YB Mahfuz sedang membuat ucapannya di waktu ini. Selamat Kembali Pejuang Bangsa, Keadilan dan Kebenaran. Selamat Kembali Pemimpin Rakyat

 

 


 

 

8.30-8.45

 

Tim.Ketua Polis Selangor mengarahkan semua yang hadir untuk menerima Pejuang Reformasi setelah menjalani hukuman kerana menentang kehadiran Israel untuk balik. Beberapa rundingan sedang dijalankan antara Polis dengan kepimpinan BA. Antara kepimpinan BA yang hadir adalah :

 

Lim Kit Siang

Ustad Fadhil Noor

Dr Syed Husin

Sdr Tien Chua

Sdr Ezam Mohd Noor

Dr Hatta

Ustad Nasaruddin

 

Tim.Ketua Polis memaklumkan bahawa Pejuang kita sudah dibebaskan semalam. Sungguhpun begitu anak kepada Pak Amjal yang hadir di sana menafikan kenyataan Polis yang ayahnya sudah dibebaskan.

 

 


 

Makluman Penting

8.20

 

Bagi mereka yang tidak dapat melalui sekatan jalan raya Sila tuju ke Majsid Jamek Kajang. Setakat ini dimaklumankan Dr Syed Husin Ali dan Tien Chua berada disana. Dr Hatta telah meletakkan kenderaannya dan berjalan menuju ke Penjara Kajang.

 

 


7.30am

 

Semua jalan masuk ke Kajang telah diadakan sekatan jalan raya. Kenderaan yang melebihi 2 penumpang atau di curigai akan di ambil nama dan no. kad pengenalan. Dimaklumkan kepada Komentar bahawa polis mula bertugas dari pukul 4.00 pagi tadi.