Haji Daril Hj Mohamed

DALAM SUARA PRM MUKA 7 - Suara PRM/April 2001

BUAT JAMIL BIN ISMAIL
Tajuk tulisan beliau - KEADILAN SUDAH SEMPURNA

Kehairanan saya mula mendesak saya menulis dan menghantar tulisan ini ke laman web pro reformasi. Saya terkejut dengan Sdr Jamil bin Ismail yang bertugas secara LANGSUNG dengan Parti Keadilan Nasional dan mendabit diri tentang penggorbankan 4,000 sebulan kerana keadilan buat rakyat dan DSAI tetapi tidak faham maksud Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang penggabungan.

Saya selaku pendokong reformasi nampak seolah-olah surat yang di kirim berniat jahat, sedangkan kepimpinan kedua-dua parti sedang berbincang secara baik berhubung dengan penggabungan Prm-Keadilan di samping sdr  mahu mempromosikan diri dengan pengorbanan tersebut. (syukur dan terima kasih atas penggorbanan sdr, ianya amat di perlukan oleh perjuangan ini)

Saya teringat kata-kata Sdr pejuang kita Sdr Ezam Mohd Nor - apa yang beliau katakan ialah dengan penangkapan keatas beliau dan apa yang beliau lakukan hanya kecil berbanding dengan Sdr Anwar Ibrahim. Begitu telus perjuangan beliau berbanding dengan Sdr Jamil Bin Ismail dari Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional yang mendabit dada menceritakan dalam Berita Keadilan betapa beliau menggorbankan 4,000 demi perjuangan dan DSAI- malu-malu....

Itu komen saya tentang mukadimah Jamil Bin Ismail tentang apa yang di korbankan oleh beliau.

Komen Kedua saya ialah - Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin besar TIDAK PERNAH mengecilkan Parti Rakyat Malaysia dan TIDAK SEKALI-KALI menghina parti tersebut. Saudara selaku pendokong DSAI belajar dari siapa menghina PRM? Belajar dari Mahathir kot. Ukuran besar kecil parti tidak timbul malah cadangan pergabungan ini BUKAN DATANG DARI PRM, ia hadir dari DSAI demi menguatkan Barisan Alternatif dan keADILan sendiri. Kepimpinan PRM khususnya Presiden nya sudah teruji dan meletakkan perjuangan matlamat melebihi dari hanya wadah atau platform.

Saya tak reti untuk bercerita hal politik TETAPI YANG SAYA NAK TAHU:- Belajar dari siapa memperkecilkan Parti PRM. Tentu DSAI malu dengan sikap kurang ajar sdr.

Nasihat untuk Sdr Jamil

Jangan bawa mesej yang sdr mewakili ahli parti keadilan tulen. Sdr bersikap kurang ajar memperkecilkan parti orang sedangkan idea penggabungan datang dari DSAI. Jangan kurang ajar dan jangan membelakangkan DSAI. DSAI lebih arif dalam hal ini dan saya syorkan agar sdr kaji sendiri  tujuaan DSAI menggabungkan kedua-dua parti tersebut.

Sekian...saya juga ikhlas.