ARIFIN JAKA SEPERTI YANG DI SANGKA

Komentar 21/4/2000

 

Arifin Jaka adalah seperti yang kita jangka telah menolak permohonan memanggil Mahathir ke Mahkamah bagi membantu perbicaraan Sdr Anwar Ibrahim. Mahathir yang sebelum ini telah menjatuhkan hukum keatas Anwar sebelum beliau didapati bersalah dan sebelum beliau dihadapkan ke mahkamah untuk tuduhan formal sebelum ini sering mendakwa bahawa beliau ada bukti dan alasan kukuh untuk memecat Sdr Anwar. Kini Mahathir enggan ke Mahkamah untuk membantu negara kita ini mencari KEBENARAN. Inilah SEJARAH BARU BAGI MALAYSIA. Titik hitam bagi keadilan negara ini. Perpatah Melayu BERANI KERANA BENAR dilipat dan disorokkan oleh Mahathir. Mahathir TAKUT kerana beliau sedar beliau tidak akan dapat mempertahankan tuduhan-tuduhan yang beliau buat keatas Anwar. UMNO sekarang perlu sedar, kebangkitan rakyat adalah kerana kepimpinan Mahathir yang angkuh dan zalim. Apakah UMNO masih perlu mendukung biawak hidup ini?  

 

Bagi Arifin Jaka , hakim yang dipegang oleh Mahathir menurut sahaja perintah lalu menolak kebenaran dan keadilan.

 

Komentar