DATUK ARIFIN JAKA PASTI BUAT KELAKAR

Komentar 6/4/2000

 

Setelah berhempas pulas peguam-peguam Anwar menyediakan affidavit bagi menunjukkan bahawa keperluan ada untuk memanggil Dr Mahathir ke Mahkamah demi mencari kebenaran sebenarnya, maka affidavit balasan Dr Mahathir perlu pula dijawab. Afidavit pertama Anwar Ibrahim ada dalam Laman Komentar ini https://members.tripod.com/~roylizam/affidavit.htm. Laman Mahazalim kini mengeluarkan afidavit balasan MAHAZALIM. Afidavit Anwar terbaru bagi membalas jawapan Dr Mahathir ada dalam Laman ini https://members.tripod.com/~komentar . Sekarang Hakim Arifin Jaka telah menghentikan semua serahan affidavit dan akan membuat keputusan selewat-lewatnya minggu hadapan. Apa yang pasti ialah Komentar percaya bahawa Arifin Jaka tidak akan BERANI memanggil Dr Mahathir untuk memberi keterangan. Sungguhpun kita tahu demi mencari keadilan sebenar maka kehadiran Dr Mahathir adalah perlu. Kalau Dr Mahthir turut mahu melihat keadilan dan kebenaran maka tidak salah beliau hadir ke mahkamah. Dr Mahathir tidak mahu melihat keadilan untuk Anwar dan sudah tentu akan mencari pelbagai helah untuk tidak hadir ke Mahkamah.

 

Komentar