KOMENTAR

Salam Reformasi

14.12.2000

 

MAHATHIR CUBA MERAIH SOKONGAN PELAJAR

 

Komentar baru sahaja kembali menyaksikan percubaan Dr Mahathir untuk menjajah minda pelajar kita dengan program anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Syarahan Mahathir dilaksanakan di PutraJaya (Masjid) dan ucapan Mahathir bemula sekitar jam : 9.30 mlm.

 

Program yang dijalankan untuk pelajar-pelajar kita disana adalah Jamuan Berbuka Puasa, Terawih dan Ucapan Dr Mahathir. Hampir 1,000 pelajar khususnya dari IPTA hadir di bawah program GPMS ini.

 

Dr Mahahtir dalam ucapannya seperti bisasa membidas pembangkang khususnya PAS. Mahahtir sebenarnya sedar bahawa golongan pelajar sekarang telah dengan jelas menolak Dr Mahathir dan UMNO khususnya.

 

Antara yang jelas dalam ucapan Mahathir ialah:

 

Mahathir menghentam tindakan Sdr YB Mahfuz enggan membayar denda sebagai "publisiti murahan".

 

Mahahtir turut menghentam Pelampau Cina yang kononnya mahau menaikan Bahasa Cina setaraf dengan Bahasa Melayu.

 

Tindakan Perhimpunan Aman yang PASTI kata Mahathir akan menjadi tempat balingan batu antara para reformis dengan polis.

 

Apa yang jelas semasa Mahathir memberi ucapan kebanyakkan pelajar yang hadir TIDAK LANGSUNG memberi tumpuan kepada beliau. Tindakan keluar masuk dewan jelas menunjukkan Mahathir sebenarnya tidak relevan.

 

Komentar mengharap agar pelajar-pelajar kita di IPTA dan IPTS tidak terpengaruh dengan Mahathir yang semakin hampir kepada zaman pengakhirannya.

 

KOMENTAR