KOMENTAR

 

05.11.2000 (2.24 pagi)

 

MAKLUMAT MENGENAI PENANGKAPAN 6 AHLI PARTI keADILan DAN REFORMIS

 

Dimaklumkan kepada Komentar bahawa mereka yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Pelabuhan Kelang sementara Reformis NORA telah di bawa ke Balai Polis Kapar. SUARAM dalam kenyataannya menyelar tindakan polis yang sebenarnya terus menekan hak kebebasan bersuara. Mereka yang ditahan terdiri dari ahl-ahli Parti keADILan Nasional dan reformis yang mendokong tuntutan reformasi. Penangkapan mereka pada 4hb November 2000 adalah usaha polis untuk menakut-nakutkan mereka dari terus menghadirkan diri di Jalan Kebun.

 

Pendokong Reformasi di gesa untuk menghadirkan diri ke Jalan Kebun atau setidak-tidak  datang ke Jalan Kebun.

 

Ingat bukan satu kesalahan untuk kita mendesak REFORMASI.

 

Komentar