KOMENTAR

Salam Reformasi

15.12.2000

 

 

 

TAN SRI RAHIM NOOR DI HUKUM PENJARA 2 BULAN

 

Berita dari Mahkamah. Tan Sri Rahim Noor yang di dapati bersalah membelasah, memukul dan memang berniat jahat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim di hukum penjara 2 bulan. Beliau yang hadir ke mahkamah seperti VIP tetap di layan seperti Ketua Polis Negara sungguhpun sekarang sepatutnya bergelar penjenayah. Bagaimanapun Tan Sri Rahim Noor masih belum di penjara sehingga keputusan rayuan beliau di perolehi kelak.

 

Mahkamah juga hari ini bagi Komentar sepatutnya dihukum kerana keputusan 2 bulan penjara itu tidak setimpal dengan perbuatan jenayah Tan Sri Rahim Noor. Apa yang Komentar lihat sekarang ialah perundangan Malaysia setakat ini porak perada dengan penentuan "precedent" yang mula kelam kabut.

 

Hukuman yang tidak setimpal terhadap sesuatu jenayah adalah "mockery terhadap keadilan.

 

Senator Datuk Zainuddin Maidin pada lapuran akhbar Utusan Malaysia 13 Disember 2000 di petik sebagai berkata " kita semua tahu kes kecurian kecil seperti mencuri ubat gigi pun ada pesalah yang di hukum penjara setahun ". Beliau dipetik dalam memberi komen terhadap hukuman yang di kenakan keatas Bekas Penolong Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid.

 

Inilah sistem keadilan yang dibanggakan oleh kerajaan BN yang sedang memerintah. 

 

Komentar.