Pandangan Seorang Bakal Pewaris Pimpinan UMNO
Aziz Sheikh Fadzir

Begitukah pandangan seorang Naib Ketua Pemuda sekaligus bakal pewaris spesis UMNO dan Kepimpinannya ?

Ternyata begitu dangkal komentarnya terhadap Musa dan Suhakam yang ditubuhkan oleh Parlimen, dianggotai oleh wakil-wakil yang dilantik sah oleh rakyat (yang menang secara sah bukan penipuan). Bagaimana seorang Naib Ketua yang dipilih oleh pemuda UMNO, yang menanggung amanah dari  UMNO memberi dan mengeluarkan komentar dan tuduhan melulu kepada Pengerusi sebuah Suruhanjaya Bebas yang bertindak mengikut bidangkuasa dan kepercayaan serta amanah yang diberikan kepadanya.

Adalah bertambah malang bagi UMNO ! Mungkin benar apa yang pernah kita dengar bahawa UMNO sebenarnya telah hilang wibawa dan kabur tehadap perjuangannya. Yang menjadi dasar perjuangan UMNO khususnya di dalam hal-hal berkaitan Hak Asasi Manusia Sejagat ini bukanlah Hak Asasi Manusia Sejagat tetapi seolah-olah 'Hak Asasi Pimpinan Sejagatnya'.

Mungkin kita tidak berlaku adil memberikan tanggapan sedemikian kepada Aziz, sebagaimana harapan  Dato' Musa  "Saya berharap beliau tidak menggambarkan pemikiran Pemuda Umno dengan menganggap rakyat Malaysia yang berminat untuk mengetahui keputusan perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai kanak-kanak. (Bernama)", tetapi itulah realitinya sikap terburu-buru dan tanpa berfikir panjang sebahagian besar di kalangan pimpinan UMNO apabila mengemukakan sesuatu pandangan. Adalah mustahil seorang pemimpin masih tidak faham dan jelas kenapa dan mengapa SUHAKAM ditubuhkan!!

Apakah kita ingin membelanya dengan mengatakan bahawa komentarnya berbentuk peribadi? Dan tidak menyedarikah bahawa komentarnya itu bakal mengundang seribu satu macam tanggapan ke atasnya sedang keduduknnya adalah sebagai seorang pemimpin yang menjadi teladan dan contoh kepada ahli gerakannya?Sekiranya dikaji dan dinilai secara teliti begitulah hal keadaannya  sebahagian besar pimpinan UMNO tidak terkecuali Mahathir Mohamed.

Kita imbas kembali kenyataan pemimpin besar UMNO Mahathir Mohamed apabila mengulas beberapa isu dari hal agama terrmasuk di sepanjang kes DSAI berlangsung dan terakhir kes kecuarian senjata di Sauk, di dapati banyak kenyataannya adalah berdasarkan andaian dan logik pemikiran serta prasangka buruk semata-mata dan jauh sekali daripada nilai-nilai pendidikan yang baik dan membina pemikiran rakyat ke arah kebaikan dan keharmonian.

Bukti pertama-kenyataan prejudisnya terhadap keperibadian Nabi Muhammad suatu ketika dahulu dalam soal janggut dan pakaiannya telah banyak menimbulkan pertikaian di kalangan rakyat muslim. Begitu juga dalam soal syariat Islam dan undang-undang Hudud, kenyataan demi kenyataannya telah banyak dipertikaikan oleh kalangan ulama.

Bukti kedua- Dalam kes DSAI, banyak kenyataannya berupa fitnah dan pembohongan semata-mata sehinggakan tidak bertanggungjawab sebagai seorang Perdana Menteri beragama Islam membiarkan sesuatu pendakwaan berkaitan hal-ehwal orang Islam dilakukan di Mahkamah Civil sedangkan Mahkamah Syariah boleh diberi kuasa penuh untuk mendakwa DSAI. Begitu juga halnya apabila DSAI keluar dibicarakan dalam keadaan lebam mata, menurut Mahathir DSAI memukul matanya sendiri. Bukankah ini semua fitnah dan pembohongan seorang Perdanan Menteri Islam? PM juga lebih cenderung untuk menghukum terlebih dahulu sebelum ia dibuktikan bersalah. Tidakkah begitu?

Bukti ketiga- Kes di Sauk, bukankah akal dan nafsu serta perasaan dendamnya telah menguasai PM dengan mengaitkan isu tersebut dengan lawan politiknya? Kalaupun benar ahli Al-Ma'unah itu ahli PAS, apa rasionalnya meletakkan kesalahan itu kepada PAS sedang perbuatan itu adalah berbentuk perancangan individu (kalau benar)? Mahukah UMNO kita hukumkan 'berpegang dengan ajaran sesat' sekiranya diketahui segelintir di kalangan ahlinya sesat (anti-hadith) ?? Kita kira ramai di kalangan penjenayah dan perompak adalah mereka yang mempunyai kebolehan seni mempertahankan diri, sekiranya berkebetulan yang dimilikinya adalah Seni Silat Cekak, adakah Persatuan Seni Silat Cekak itu yang ingin diharamkan??? Terlalu banyak contoh lain jika ingin disebutkan !

Maka demikianlah halnya di kalangan pimpinan UMNO mencontoh dan mengikuti gelagat dan tingkahlaku 'Tuan Gurunya' Mahathir Mohamed di dalam banyak perkara. Jadi tidak mustahil Aziz Sheikh Fadzir turut terjebak dengan pencak silat tuan gurunya itu.

Laman Ntzalim mengucapkan syabas kepada Dato' Musa Hitam sebagai Pengerusi SUHAKAM kerana mempertahankan kewibawaannya dengan bertegas dan bertanggungjawab dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya. Syabas Dato' dan teruskan agar rakyat terbela dan terpelihara dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan.

izzrail ntzalim
http://izzrail.tripod.com