Isu royalti semakin hari semakin hangat diperkatakan. Hari ini satu lagi suara sumbang agen UMNO yang juga bekas Presiden Petronas yang mana menandatangani Perjanjian (Agreement bukan MoU) dengan Kerajaan Negeri Terengganu, KuLI.
 
Kenyataan KuLi hari ini benar-benar sesuai dengan namanya, menampakkan kuli kepada Mahathir dan UMNO. Selepas beberapa lama menyepikan diri akhirnya kuli bukak mulut. Kuli kata Negeri Terengganu tiada hak atas hasil petroleum. Seorang lagi wakil UMNO menunjukkan keBIOLAN mereka. Kalau benar bagai dikata kenapalah KuLi sewaktu menjadi Presiden Petronas bersusah payah menandatangani Perjanjian @ Agreement dengan Kerajaan Terengganu suatu waktu dahulu? Bukankah senang pacak je kapal korek lepas tu sedut keluar minyak tak payah bagitahu kerajaan Terengganu. Apa perlunya perjanjian?
 
KuLi bersependapat dengan pakar undang-undang rimba UMNO, RAIS YATIM. Petroleum terdapat diluar pesisir pantai Terengganu. Jadi Terengganu tidak berhak. tapi rasanya lagi jauh dari pesisir Pantai Wilayah Persekutuan. Nak jadi cerita, Allah punya perancangan jauh lagi sempurna dari rancangan sibangsat dan sibiol UMNO maka terjumpalah petroleum dipesisir Pantai Terengganu. Maka bertambah biol regim UMNO yang tamak dan busuk hati. Maka dikatakan juga tiadalah berhak akan Kerajaan Terengganu terhadap rezeki Allah itu. Alasannya lain pula, alkununnya telah diadakan "PERJANJIAN" penyerahan segala hasil petroleum kepada Petronas pada tahun 1966. Maka tiba-tiba MoU jadi Perjanjian balik. Yang biolnya tu, mereka mengisytiharkan Perjanjian antara Kerajaan Terengganu dengan Petronas terbatal kerana petroleum diluar 3 batu nautika. Maka akan bertambah biol lagilah mereka apabila Kerajaan Terengganu akan mengisytiharkan bahawa Perjanjian Penyerahan 1966 JUGA TERBATAL kerana petroleum telah dijumpai dipesisir pantai kurang dari 3 batu nautika.
 
Allah menguji mereka dan kita juga. Apabila mereka tamak, mereka pasti rugi dan Allah memberi ganjaran kepada rakyat Terengganu yang bersabar. Mereka semakin biol apabila Kerajaan Terengganu sedang berunding dengan Pelabur Antarabangsa untuk menubuh syarikat Petroleum sendiri bukan dengan Petronas. Mereka ingat kita bodoh nak buat perjanjian dengan orang yang khianat perjanjian. Mungkin ditakdirkan Allah telaga minyak Petronas akan kering...maka bukan lagi biol....SASAUUU jadinya.
 
Maka teringatlah saya disuatu majlis perkahwinan, apabila 'tokoh' UMNO kampung mempertahankan tindakan kerajaan pusat mengatakan Terengganu tiada hak keatsa petroleum diluar pesisir (international waters kununnya). Teringin nak dengan komen 'tokoh' berkenaan tentang petroleum di pesisir pantai pulak.
 
Moralnya dari isu royalti ini, Allah ingin memperlihatkan betapa bodohnya orang-orang yang dipimpin dan mengikut telunjuk UMNO. Mereka menjadi macam lembu, walaupun ada PhD dalam bidang undang-undang tapi bodohnya mengalahkan lembu. Lembu kalau disuakan dengan tahi sendiri mereka tak makan. Sedih rasanya melihat rakan-rakan dalam UMNO, begitu sekali mereka sanggup diperbodohkan. Nak kata tak sekolah, ramai lulusan luar negeri. Nasihat saya hentikan diri dari diperbodohkan oleh UMNO.
 
Aura2000