KOMENTAR

 

2hb Ogos 2000

 

SALAM REFORMASI

 

MEREKA CUBA MENYEJUKKAN ISU ANWAR IBRAHIM

 

Salah satu usaha yang mereka lakukan adalah untuk menyemarakkan isu melayu dengan harapan ini menyejukkan isu kekejaman keatas Sdr Anwar Ibrahim. Usaha mereka kemudian diteruskan untuk menghina PAS dengan harapan Melayu sendiri menolak PAS. Mereka mengusahakan agar maruah melayu dipertahankan dan isu Anwar di tenggelamkan. Apakah erti martabat melayu mereka sedangkan mereka sendiri yang mencemarkan budaya melayu dengan  berpegang kepada fitnah dan mendokong penyebar fitnah. Martabat apa yang dikatakan oleh mereka itu? Mereka menuduh PAS punca rakyat membenci kerajaan sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sendiri melakukkan kepincangan yang menaikkan kebencian rakyat. Mereka kena faham perlakuan Mahathir telah menconteng arang pada UMNO dan sokongan mereka kepada perlakuan Mahathir menyebabkan rakyat mual dengan UMNO. Sedang kita berusaha untuk menuntut raformasi kita harus sedar mereka mempunyai strategi-strategi tertentu untuk mempengaruhi rakyat supaya menghilangkan isu Sdr Anwar Ibrahim. Kita jangan biarkan ini berlaku. Kita sorot kembali perjuangan yang ada sebelum Anwar Ibrahim ditangkap. Kita ingat kembali kata-kata khidmat Sdr Anwar Ibrahim dalam melancarkan gerakan reformasi. Kita kenangkan kembali kezaliman perlakukan Tan Sri Rahim Noor. Kita ingatkan kembali saat Mahathir mengatakan bahawa kecederaan Anwar Ibrahim adalah kerana perlakuan sendiri kerana mahu meraih simpati. Semua ini didiamkan oleh UMNO. Semua ini tidak di lapurkan semula oleh TV3 dalam usaha mereka KONONNYA mahu menunjukkan bahawa rakyat menolak demonstrasi aman dan kononnya rakyat marah dengan PAS.

 

Selidik kenapa rakyat marah dan terus membenci kerajaan. Jangan sorokkan kemungkaran dan bersekongkol dengan budaya fitnah yang sekarang ini sibok dikatakan kerajaan sedangkan mereka sendiri tahu bahawa Presiden mereka sendiri adalah pengalak utama budaya fitnah negara ini.

 

Kita kenangkan kekejaman MAHATHIR terhadap Anwar dan selagi kita mengenangkan itu kita akan terus bersama pejuang REFORMASI dengan tuntutan perubahan dan mendesak Mahathir untuk UNDUR.

 

Komentar