Lapuran Penangkapan Mangsa ISA ke 8 , Dr Badrul Amin Baharon

Jam lebih kurang 1.00 pagi 20hb April 2001, lebih dari 30 orang polis reman telah mengepong rumah Dr Abdul Amin Baharon ang terletak di Taman Desa Jaa Kepong untuk menahan beliau atas Akta ISA (8) seperti diberitahu oleh salah seorang anggota tersebut, iaitu ASP Razak Rashid dari Serawak. Anggota tersebut majoriti adalah dari anggota India.

Seramai 3 anggota reman tersebut telah memanjat pagar rumah tersebut setelah hampir 15 minit memanggil dari luar rumah. Walau rumahnya telah dikepong sebegitu ramai anggota dibelakang rumah,jalan keluar masuk utama dan dihadapan rumah, polis tersebut percaa Dr Badrul Amin akan lari dari kepongan mereka.

Ketika anggota tersebut mengetuk pintu cermin utama barulah isteri beliau membuka pintu kerana khuatir pintu cermin akan pecah dari ketukan ang kuat. Setalah ASP tersebut memperkenalkan diri, isteri beliau mempersoalkan apakah waran tangkap diperolehi dan dicaj bawah akta apa, ASP tersebut hanya menyatakan AKTA ISA (8).

Seramai 7 orang telah mengeledah dibahagian ruang tamu untuk mencari bukti kukuh bahawa Dr Badrul Amin adalah salah seorang anggota perancang untuk mengucar kacir negara seperti di dakwa oleh salah seorang anggota tersebut. Riaksi Dr Badrul Amin ketika itu penuh kesabaran dan tenteram bersama anak kecil beliau Ain Njda 2 tahun 6 bulan di atas pangkuan beliau. Dengan bengis anggota tersebut tidak benarkan sesiapa mendekati Dr Badrul Amin ketika penggeledahan di buat oleh pihak polis termasuk isteri beliau dan pembantu peribadi Dr Badrul amin ketika itu.

Hasil pengeledahaan polis reman tersebut telah merampas sebuah CPU Computer, stiker-stiker Barisan Alternatif (FAC), dairi peribadi, cd tak akan melayu hilang di dunia, resit derma bahagian Sabak Bernam dan risalah motivasi Islamic Cam anjuran Dr Badrul Amin sendiri. Walau bagaimanapun salinan lapuran barangan yang telah dicatitkan telah dirampas semula dengan alasan lapuran polis tidak diperolehi lagi. Lapuran tersebut akan dihantar kemudian (bolehkah kita percaya lapuran tersebut di perolehi).

Setelah hampir jam 2.00 pagi Dr Badrul Amin telah dibawa keluar dari rumah tersebut dengan diiringi oleh bermacam-macam kenderaan termasuk beberapa buah motorsikal mengiringi beliau. Dr Badrul Amin telah dibawa bersama 4 anggota didalam sebuah kereta wira putih WHU 1845. Beliau sempat bersalaman dengan jiran sebelum beliau masuk kedalam kereta .

Sehingga kini kami ahli keluarga tidak diberitahu dimankah DR Badrul Amin berada.

Zumrah Husni,
isteri Ust. Dr. Badrul Amin