KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

14.06.2000

Salam Reformasi

 

KEZALIMAN MAHATHIR ISLAMIK?

 

Mahathir sekali menyelar pembangkang dengan kononnya pembangkang membuat tuduhan tentang mereka lebih Islam dari Mahathir. Mahathir mengakui bahawa terdapat pemecahan idealogi politik dalam Melayu. Apa yang Mahathir tidak nampak ialah perbuatannya merancana kezaliman dan fitnah terhadap Sdr Anwar adalah perbuatan yang menyebabkan pembangkang menuduh belaiu tidak “Islamic”. Apa yang Mahathir tidak nampak ialah beliaulah punca perpecahan Melayu. Apa yang Mahathir tidak nampak ialah Melayu sudah mual dengan cara keganasan dan kerakusan Mahathir memegang jawatan. Mahathir sudah jelas tidak diterima lagi oleh rakyat Malaysia. Melayu  tidak mahukan Mahathir lagi. UMNO juga berpecah antara pendokong “membabi buta” keatas Mahathir dan mereka yang menolak Mahathir. Apakah rakyat masih keliru dengan perbuatan jahat Mahathir. Mahathir sepatutnya hadir memberi keterangan kalau mahu mencari kebenaran dan keadilan. Jelas ketidakhadiran Mahathir adalah kerana tiada niat di pihak beliau untuk mencari kebenaran yang sebenarnya.