01-07-2001
Salam Reformasi,

" ASSALAMUALAIKUM" nama saya Alex dan  "HELLO" nama saya MOHAMMED.

Sedang Komentar mahu mula memadam komputer dengan cita-cita untuk menuju ke kamar bilik tidur bagi  memulakan langkah memproses mimpi Komentar teringat Komentar akan kehadiran sebuah laman baru Agenda Daily Dot Com. Laman ini sekali lagi sedang rancak berbual mengenai Negara Islam yang masih dipertahankan oleh PAS yang sedang di tentang oleh DAP. Agenda Daily mula menulis bahawa keADILan juga kini tidak sehaluan dengan cita-cita negara Islam PAS. Agenda Daily terus meminta Parti Rakyat Malaysia menyegerakan pendapat kerana kini semua parti dalam gabungan Barisan Alternatif telah memberi kata-kata mereka.

Aduh, isu sebegini mampu mengugat keharmonian BA. Isu ini mampu meroskan perhubungan BA dan lantas BA di robek dan di carik untuk menghancurkan kekuata yang sedia ada. 

Aduh, pening, pening dan terus Komentar menggali minda. Isu negara Islam? Negara Islam yang bermaksud pentabiran dan sistem perundangan yang menuruti Al-Quran dan Hadis. Lantas Komentar meninggalkan sementara komputer dan menalipon rakan Komentar. Bukan apa sesaja nak dengar bicaranya. 

Kawan Komentar terus berkata , "ala apa la yang nak pening sangat. Kepimpinan PAS, keADILan dan DAP sendiri seolah-olah tidak memperdulikan. Mereka masih memberi kenyataan-kenyataan media yang mampu menggugat keharmonian parti. Mereka tidak reti guna dewan markas PAS yang ada kat Melewar dan dewan mesyuarat keADILan yang indah kat Phileo"  

Rakan Komenter terus berkata " nak tahu sesuatu, secara melawak, negara kita ini bukan reti mengucap dua kalimah syahadah, yang tahu ialah kita rakyat yang beragama Islam"

"
Apa maksud kamu!" kata Komentar. Maksud aku, katanya " kita berusahalah menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara dan kita tingkatkan perundangan Islam untuk rakyat yang beragama Islam", "kita kaji landasan-landasan yang jelas bertentangan dengan Islam lalu kita baiki" katanya. Dalam pada itu katanya lagi "kita sebarkan kepada rakyat Malaysia segala informasi tentang Islam supaya mereka faham erti keislaman yang sebenarnya supaya mereka tidak memusuhinya dan sebagaimana kita tidak memusuhi mereka" kata nya. 

Okaylah kata Komentar mengakhiran perbualan. Ada benarnya kata si polan tadi. Kalau nama orang tersebut Alex ke, Mohan ke, tetapi menganut agama Islam dan lebih terserlah keimanannya dari Aziz, Azalina dan Razali maka Komentar jangka itu lebih baik. Apa baiknya nama Melayu kononnya Islam tetapi tidak langsung tahu mengenai Islam. Ada lebih baik kita jadi Alex tetapi pegangan Islamnya lebih sempurna.

Sendiri terfikir " negara Islam tetapi tak Islam atau negara tak disebut Islam tetapi pegangan keislaman lebih tebal dari hanya setakat nama". 

Entahle mulalah Komentar merepek. Okay baik masuk tidur sebelum melalut dan marhaban entah kemana.

Terfikir sendirian..........