KOMENTAR

 

Salam Reformasi

2.11.2000

 

NIAT JAHAT MAHATHIR TERHADAP EZAM MOHD NOR

 

Jelas Mahathir tidak akan menangkap Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda keADILan sebelum habis beliau memanipulasi secara menyeluruh isu pengkhianatan. Media Arus Perdana serta golongan pembodek Mahathir berusaha untuk menyampaikan mesej pengkhianatan bagi menghalalkan kelak sebarang tindakan ISA keatas Ezam Mohd Nor. Mahathir dan kroninya akan berhempas pulas memanipulasikan isu Ezam pengkhianat kepada negara agar rakyat yang masih keliru atau belum mendapat penerangan menyeluruh menerima tindakan keras ke atas Ezam Mohd Nor oleh regim Mahathir. Mahathir akan berusaha untuk tidak mendakwa Ezam Mohd Nor terlebih dahulu kerana sebarang pendakwaan akan lebih menjejas mereka dan segala pembohongan Mahathir dan kuncunya akan terselongkar.

 

Beberapa kuncu Mahathir yang hanya mementingkan diri turut membidas dan mendokong sentimen karut Ezam seorang pengkhianat. Mereka terus membodek Mahathir seolah-olah Mahathir akan kekal memerintah. Mereka tidak peduli sekiranya UMNO terjejas, Melayu melarat asalkan dokongan mereka terhadap Mahathir menghasilkan kuasa dan wang pada mereka.

 

Insyallah rakyat akan bangkit. Mahathir akan jatuh dengan kekuatan rakyat. Mereka yang dahulu bertangga dengan Mahathir akan hilang punca. Mereka adalah orang-orang yang tidak boleh dikesiani dan di maafkan.

 

Kita bangkit dan hancurkan segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan pimpinan Mahathir. Bagi mereka yang terus menerus membodek Mahathir kita akan lihat permainan mereka apabila Mahathir tiada kelak.

 

Komentar.