KOMENTAR

 

10.09.2000

Salam Reformasi

 

LAGI KES MB NEGERI SEMBILAN DAN MAHATHIR

 

3-4 hari sudah Komentar ada mengatakan bahawa MB Negeri Sembilan Isa Abu Samah sudah di penghujung jalan. Hari ini berita tersebut tersebar di arus media tempatan di mana Tan Sri Isa menolak kabar-kabar angin tersebut.  Seperti biasa Mahathir akan mengatakan bahawa dia tidak tahu. Mahathir juga pernah mengatakan bahawa dia tidak tahu kenapa Anwar ditahan di bawah ISA sedangkan beliau Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Dalam Negeri.  Sebenarnya aliran politik Mahathir sekarang ini adalah aliran terdesak. Jangan tipu rakyat dengan kononnya tidak mengetahui hal ini. Masalah di Negeri Sembilan sekarang menjadi kritikal apabila banyak Ahli Dewan Undangan Negeri menolak Tan Sri Isa. Mahathir tahu akan tindakan menolak Isa ini dan tindakan ini memang di restui oleh beliau. Perpecahan UMNO Negeri Sembilan juga kerana mainan politik Isa yang mengamalkan kronisma. Mahathir dalam lain hal pula menolak ahli-ahli  politik-politik veteran bagi menaikkan golongan muda termasuk anak beranaknya. Melihat Mahathir sahaja kita sudah tahu pelapis baru mesti terdiri dari orang yang menyokongnya dan anaknya khususnya Mokhzani Mahathir.  Ini bagi memastikan generasinya terbela dan orang-orangnya yang bakal naik dapat menentukkan supaya anak-anaknya terselamat baik dari segi ekonomi dan kuasa.

 

Sesungguhnya Mahathir masih mahu memerintah biar 100 tahun selepas beliau meninggal dunia.

 

Tamak sehingga ke neraka

 

Komentar

Bebaskan Anwar Ibrahim