KOMENTAR

 

27.07.2000

 

SALAM REFORMASI

 

UMNO BERGERAK MENAWAN KAMPUS

 

Pemuda UMNO mahu bergerak aktif sekarang ini. Mereka sedar dikalangan pelajar-pelajar IPT sudah menolak mereka. Mereka hadir untuk cuba meneutralisasikan keadaan dengan membawa isu Melayu sebagai pejuangan asas. Mereka tidak mahu sedikitpun menyentuh perbuatan kejam Ketua mereka keatas Sdr anwar Ibrahim. Mereka fikir rakyat boleh senang-senang lupakan isu kekejaman terhadap Anwar. Rakyat semakin hari semakin sedar dan penuntut menara gading sudah nampak keburukan kepimpinan Mahathir Mohamed. Jarum-jarum mereka sudah mula menyelinap masuk kepada persatuan-persatuan mahasiswa dengan harapan mereka dapat membeli kembali siswa-siswi untuk menyokong UMNO. Insyallah tidak. Pelajar kita sudah tahu akan kebusukkan kepimpinan Mahathir. Selagi UMNO sendiri tidak mengakuinya jangan harap pelajar dapat menerima UMNO.

 

Komentar menyeru pelajar-pelajar IPT mulakan kempen seberapa segera menolak kepimpinan korup dinegara kita ini. Pelajar harus bangkit dengan lebih aggresif lagi. Perkukuhkan hubungan dengan golongan reformasi nescaya media tipu arus perdana tidak dapat mempengaruhi minda kita.

 

Komentar