Berakhirnya insiden rampasan senjata oleh Kumpulan Al Ma'unah telah meninggalkan 1001 persoalan kepada warga Malaysia.Ketika ini media arus perdana sibuk menghighlightkan kejayaan TPM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and company menumpaskan anggota Kumpulan Al Ma'unah di Sauk.

Namun begitu misteri insiden rampasan senjata ini masih menghantui kita semua dan banyak tindakan yang diambil oleh pihak keselamatan dan kementerian yang terlibat khususnya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan dipertikaikan oleh ramai pihak.

Antaranya ialah mengapakah anggota Kumpulan Al Ma'unah ditahan di bawah ISA sedangkan rakyat perlu tahu apakah motif sebenar rampasan senjata ini dilakukan oleh kumpulan berkenaan?Sewajarnya mereka dibicarakan di mahkamah dengan segera bagi mengelakkan rakyat meragui kredibiliti kerajaan menangani insiden rampasan senjata ini.Lebih membimbangkan lagi ada dakwaan yang mengatakan bahawa grand design ini telah didalangi oleh golongan tertentu di dalam kerajaan untuk kepentingan survival politik mereka.Ada yang sudah berpandangan jauh dengan meramalkan bahawa ada di antara anggota kumpulan Al Ma'unah akan membuat pengakuan bersumpah di kaca TV dan mengaitkan tindakan mereka dengan parti pembangkang khususnya Parti PAS dan Keadilan.Apakah benar dakwaan mereka?Hakikatnya,isu rampasan senjata ATM ini tidak seharusnya dibiarkan berterusan. Lambat-laun rakyat akan mula mempersoalkan tindakan kerajaan dan implikasinya kredibiliti kerajaan semakin terjejas dan buruk pada kaca mata mereka.

Kesalahan yang dilakukan oleh Kumpulan Al Ma'unah cukup berat dan tidak wajar mereka ditahan di bawah ISA.Kerajaan perlu menyiasat perkara ini sehingga ke akar umbi dan segera menghadapkan mereka ke mahkamah supaya rakyat akan dapat mengetahui motif sebenar rampasan senjata ATM ini.Suruhanjaya Bebas yang pada mulanya ingin ditubuhkan oleh Menteri Pertahanan perlu diadakan supaya kecuaian yang memalukan ekoran kecurian senjata di kem-kem tentera tidak lagi berlaku.Ketangkasan dan keberanian Lef. Jen. Zaini menumpaskan ketua kumpulan Al Ma'unah belum cukup untuk menangkis imej ATM yang telah tercemar.Hanya melalui Suruhanjaya Bebas yang ditubuhkan yang dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap ATM dan tidak akan timbul lagi bermacam-macam dakwaan termasuklah dakwaan yang menyatakan ATM diperkudakan oleh golongan tertentu semata-mata untuk survival politik mereka.Terdapat juga dakwaan yang agak melampau iaitu dakwaan yang mengatakan berlakunya pemalsuan kematian anggota keselamatan supaya rakyat  akan menjadi phobia terhadap sebarang gerakan Islam di Malaysia.

Mudah-mudahan dakwaan sebegini tidak benar dan pengorbanan mereka tidak sia-sia.Cukup menyedihkan sekiranya ada golongan tertentu yang berjaya mendapat political mileage di atas kesusahan orang lain.Kontroversi di Sauk tidak seharusnya dibiarkan berterusan. Kini rakyat sedang menunggu komitmen daripada Kerajaan dalam menangani insiden rampasan senjata ATM ini.Usul ini boleh dibahaskan di Parlimen bagi menunjukan betapa seriusnya kerajaan untuk menyelesaikan insiden rampasan senjata ATM.