INGAT KAMU SEMUA…

 

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

 

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

 

Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman dalam Surah Hud (Juz 12 Ayat 113) yang bermaksud "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim (*), maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

Maksud "janganlah kamu cenderung…(*)" itu ialah "janganlah kamu, wahai orang-orang Islam, bersahabat, atau berkerjasama, atau bersubahat, ataupun menyetujui perbuatan orang-orang yang melakukan kezaliman dalam segala bentuknya. (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri)

 

Maka saya ingin mengingatkan kepada semua yang mengaku dirinya sebagai seorang Muslim untuk benar-benar memahami dengan sejelas-jelasnya tuntutan Allah swt keatas kita semua.

 

Seterusnya, atas apa yang telah berlaku, saya ingin menyampaikan pesanan yang berikut kepada gulungan-gulungan tertentu:

 

Kepada Cendekiawan Melayu: Kepada Tun-Tun, Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk dan pelbagai lagi kurnia serta gelaran yang menjela-jela, yang kesemuanya pada suatu ketika dahulu (apabila ditunjuk tengkolok yang berwajahkan salib), telah bangkit dengan penuh semangat dan begitu berani dibawah panji-panji "mempelihara martabat Melayu dan Islam" dan menggelar diri secara angkuh sebagai cendekiawan-cendekiawan Melayu, dan tidah putus-putus menyatakan perasaan "indignant" mereka, atas perkara yang pada hakikatnya amat remeh-temeh, saya hendak melaungkan "mana suara kamu sekalian" ? Where are all these self-appointed "heroes"? Adakah gelaran-gelaran dan kurnia-kurnia yang maseh kamu sandang dengan megah itu, kononnya atas "jasa kepada Negara" tidak sedikit pun mencuitkan hati-hati kamu setelah menyaksikan suatu pergolakan yang amat kotor dan jijik dikalangan masyarakat kita selama hampir 8 bulan ? Kami maseh ingat lagi nama nama kamu ! Kami sarankan kamu semua campak sahaja gelaran-gelaran kamu itu kedalam tong sampah! Kerana kamu semua bukannya dari kalangan yang benar-benar mempunyai "moral conscience". You are a mockery to your own society.

Kepada Ahli-Ahli UMNO: It is abundantly clear that all of you are morally decadent. Your party now symbolizes nothing more than a depraved, vile and base soul with absolute moral turpitude. Mungkin tembolok kamu sudah terlalu besar sehingga kamu sudah terlalu kaku dan terbantut segala fikiran kamu. Kamu sudah terlalu lama bergelumang dengan hawa nafsu sehingga kamu tidak lagi merasa jijik dengan kekotoran najis yang menyeliputi "perjuangan kebendaan cetek" kamu itu. Yang anehnya, apabila kamu sujud mengabdikan diri kamu dihadapan Allah swt, tidakkah terlintas langsung didalam jiwa kamu perasaan gentar atas apa yang kamu sedang lakukan atau atas sokongan yang kamu, dengan ta’at dan rela hati, sedang beri kepada ketua-ketua kamu yang melaksanakan kezaliman-kezaliman yang terkutuk itu ?

Kepada Ahli-Ahli Koprat: Kepada kroni-kroni didalam alam koprat yang dengan kegelojohan serta kebodohan kamu itu sendiri kamu telah menjerumuskan ekonomi Negara ketahap yang amat tenat, tidakkah kamu berasa insaf bahawa sekarang ini kamu semua amat memerlukan sumbangan kecil-kecilan kami yang kami kumpulkan sedikit demi sedikit dengan titik peluh usaha kami sendiri dan yang kami harapkan sebagai tabung untuk menyara hidup tua kami dan yang sedang terkumpul di Tabung Haji dan KWSP ? Tidakkah kamu merasa malu dan segan ? Sungguh rakus saperti binatang buas !!

Kepada Ahli-ahli koprat yang bukan "kroni" tetapi maseh "takut" mengorak langkah untuk membantu usaha-usaha yang bertujuan untuk menyelamatkan negara daripada lintah-lintah darat dari golongan UMNO dan kroni-kroni koprat ini, serta membebaskan Negara dari cengkaman diktator yang kejam dan tidak bermaruah ini saya ingin katakan… "janganlah berkelakuan betina yang hanya mampu melihat dari belakang tabir". Kami juga muak dengan kata-kata kamu seperti "Dont worry we support you… we will back you.."… "Oh I am a liberal !".. I have this to say to all of you.. "You are nothing more than despicable selfish cowards who, like the leech is simply happy to suck the country and when bloated, just simply drop off into the foliage to wait the next meal. You are also no better than the lalang which sucks out all nutrients from the earth but give nothing useful back; so you bend with the wind and survive but you do not contribute anything back to society". "You delude yourself into saying that this is not your fight - but have you stopped to think the kind of society you want to bequeath to your children and grandchildren" ?

Kepada Anggota-anggota Polis, SB dan FRU (termasuk bekas-bekas anggota tersebut yang pemikirannya masih terperangkap dengan budaya blind loyalty): Jangan sekali-kali kamu gunakan "alasan" bahawa kamu hanya menurut perintah untuk menutup kebuasan kebinatangan kamu yang sebenar. Kami sudah melihat dengan jelas wajah-wajah kamu apabila kamu membelasah rakan-rakan seperjuangan kami dengan begitu kejam… jelas dan nyata sekali kamu sebenarnya amat menikmati, gemar, merasa enak dengan keganasan. Kamu adalah manusia bacul, sampah masyarakat yang lebeh hina dari penyamun dan perompak. Kami berdoa semoga kamu yang berjiwa hina ini akan dilaknatkan Allah swt. Ingatlah, bahawa janji-janji Allah swt terhadap semua yang zalim pasti akan terlaksana dan balasan Allah swt adalah sangat hampir !!!

 

Akhir kata, kepada semua pengampu-pengampu, pembodek-pembodek Mahathir serta Menteri-Menterinya, renungkanlah betul betul firman Allah swt didalam Surah Hud (seperti diatas) serta Surah Al-Baqarah ayat 204 hingga ayat 206 yang bermaksud:-

 

  1. Dan diantara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya (*), padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya (kepadamu).
  2. Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia dibumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.
  3. Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah", timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukan itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahanam; dan demi sesungguhnya, (neraka jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

 

(*) Ya’ni ia berperi-peri bersumpah dengan nama Allah bahawa ia adalah benar, bagaimana tutur katanya demikianlah pula isi hatinya. Padahal keadaannya yang sebenar adalah sebaliknya, malah lebih buruk lagi. Itulah sifat orang munafik: pepat diluar, rencong didalam.

 

MARI BERJUANG, TUMBANGKAN BN, TEGAKKAN KEDAULATAN ISLAM,

ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR!

 

WABILLAHITAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

 

mujahid@freedomlover.com