Al~Ma'unah antara pengkhianat negara atau dramatari Barisan Nasional

Mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara keatas mereka yang mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas kesalahan percubaan menentang Yg Di Pertuan Agung.

Komentar dimaklumkan bahawa hukuman 10 tahun tersebut amat mengejutkan Peguam Negara dan keluarga mereka yang bersetuju untuk mengaku bersalah. Peguam Negara menurut sumber Komentar menjelaskan bahawa mereka akan hanya di penjara antara 3-5 tahun sementara rayuan dibuat. Dimaklumkan juga Peguam Negara tersepit dan akan mengambil intitiatif tertentu dalam rayuan kelak bagi memastikan hukuman tersebut dikurangkan.

Komentar difahamkan bahawa sandiwara ini menjanjikan hukuman penjara yang minimal bagi mereka yang terlibat. Dengan keadaan sebegini hujah kita mengenai keraguan sistem kehakiman dan Sauk satu Sandiwara semakin kukuh.

Dalam membicarakan perkara ini, Komentar yakin Peguam Negara telah berusaha untuk mengurangkan hukuman kepada seminima mungkin tetapi mainan politik yang tidak mahu menampakan ianya satu sandiwara menekan hakim untuk hukuman 10 tahun tersebut.

Sandiwara Sauk masih di teruskan tetapi impaknya untuk mematahkan sokongan terhadap PAS dan Barisan Alternatif lain GAGAL sama sekali.

KOMENTAR