Kuala Lumpur, Nov 2000- Kerajaan telah mengumumkan dalam sidang belanjawan 2001 untuk menambah bilangan Hospital Bahagia dan meningkat taraf hospital bahagia yang sediada. Keputusan drastik kerajaan ini adalah berikutan pertambahan mendadak kes mengamuk melibatkan pesakit mental.

Dalam kejadian terbaru pada 5 Nov lalu, beratus-ratus anggota polis telah mengamuk di lebuhraya KESAS. Berpuluh-puluh buah kenderaan orang awam telah dimusnahkan oleh mereka. Mereka juga membabi buta menembak orang awam serta memukul orang awam yang tidak bersenjata. Kejadian amuk ini berpunca dari sikap dengki dan rasa tidak puashati pihak berkenaan akibat tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Mengikut pendapat seorang pakar tilik berbangsa cina, kejadian amuk kian menjadi-jadi dikalangan mereka yang memakai baju merah dan biru. Beliau berpendapat ini ada kaitan dengan fenomena Bulan Mengambang. Mengikut kajian seorang lagi pakar psikatri, Dr. Mahadevan, mereka yang gemar warna biru tua dan merah sangat fobia terhadap warna hijau dan biru muda. Mental orang-orang ini akan mudah terangsang apabila didedahkan dengan warna hijau dan biru muda. Dikatakan kemalangan jalanraya yang menjadi-jadi sekarang adalah berpunca dari 'alahan' kepada warna hijau pada lampu trafik. Mereka akan berhenti apabila lampu hijau dan bergerak apabila lampu merah.

Dr. Mahadevan bersetuju dengan peruntukkan belanjawan untuk menambah bilangan hospital bahagia. Menurut hasil kajian beliau, bilangan pesakit mental akan meningkat sehingga enam kali ganda pada tahun 2004. Apabila ditanya mengenai peningkatan kes amuk dikalangan anggota polis, beliau menjelaskan sindrom ini dikenali sebagai MADDOG atau juga dikenli sebagai Sindrom Anjing Kurap. Sindrom ini dikenali sebagai MADDOG kerana tindak balas pelaku sama seperti anjing yang dilatih dengan memberi rangsangan bunyi loceng dan makanan yang cukup. Apabila gaji dan elaun meningkat maka semakin senanglah sindrom MADDOG menjangkiti anggota polis. Menurut Dr. Mahadevan lagi, mereka yang diserang sindrom ini amat merbahaya kerana mereka biasanya menggunakan senjata dan hanya menyerang mangsa tanpa senjata dan mereka bertindak balas kepada bunyi loceng. Pengidap sindrom ini juga sangat setia kepada tuan mereka. Kejadian pada 5 Nov juga dikatakan berpunca akibat rasa dendam apabila tuan mereka yang juga dikenali sebagai Bapa Anjing telah dibuang kerja. -EPF