KOMENTAR

 

28.09.2000

Salam Reformasi

 

HISHAMMUDDIN TIDAK AKAN BERANI BERDEBAT

 

Isu debat terbuka atau tertutup mengenai Hak Keistimewaan Melayu bukanlah isu yang bakal menunjukkan bahawa Pemuda UMNO sanggup bersemuka dengan Parti lain kerana mahu memperjuangkan ketuanan bangsa tersebut. Pemuda UMNO khususnya di bawah Hishammuddin hanya mampu menyorok di balik Mahathir apabila di sergah dengan isu yang dibangkitkan oleh kepimpinan pembangkang.  Mampukan Hishammuddin bersemuka dengan Ketua Pemuda PAS, keADILan dan PRM. Berdepan dengan pelajar UNIVERSITI sudah cukup menakutkan Hishammuddin. Hishammuddin tidak akan berani berhadapan secara terbuka untuk membicarakan isu-isu semasa. Untuk menguatkan lagi PEMUDA UMNO sendiri tidak akan mampu menangani isu khususnya bersekitar dengan tuntutan reformasi dan kecacatan perundangan kita. Hishammuddin hanya berani apabila menyorok di balik Q&A MALAYSIA KINI dan membahas isu-isu terpilih.  Apakah ini melambangkan bahawa mereka benar-benar ikhlas untuk menangani senario politik melayu. Komentar yakin debat ini tidak akan di sahut oleh UMNO. Mereka mahukan  debat ini dilaksanakan mengikut agenda dan undang-undang mereka. Mereka mahu semua peraturan di buat dan di ikuti oleh mereka. Ini adalah corak politik mereka. Mereka tidak berani turut ke gelangang yang adil dan bebas dari kawalan dan cengkaman mereka.

 

Dirikan benang yang basah, kita mahu tengok setakat mana ianya boleh kamu lakukan.

 

KOMENTAR