KOMENTAR

 

26.09.2000

Salam Reformasi

 

HISHAMMUDDIN HUSSEIN (KETUA PEMUDA UMNO) MENDAKWA SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA PERGERAKAN REFORMASI BERFIKIRAN SEMPIT

 

Benarkah dakwaan Ketua Pemuda UMNO bahawa sebahagian besar pergerakan reformasi berfikiran sempit kecuali beberapa tokoh seperti Dr Chandra Muzaffar yang mahukan perubahan besar ? Ini dilapurkan oleh MALAYSIAKINI pada 26.09.2000 dalam petikan soal jawab bersama Hishammuddin Hussein. (KLIK UNTUK MENELITI PETIKAN TERSEBUT)

 

Ketua Pemuda UMNO tersebut memberitahu bahawa kita semua tahu apakah agenda pergerakan reformasi tersebut.

 

Agenda pergerakan reformasi kemungkinan menurut Dato Hishammuddin adalah untuk membebaskan Sdr Anwar Ibrahim dan ini menurut beliau adalah agenda yang sempit.

 

Hishammuddin pada pandangan Komentar sudah mula memainkan isu bahawa sebarang bentuk usaha untuk membebaskan Sdr Anwar Ibrahim adalah agenda yang berfikiran sempit. Komentar mahu sekali lagi menyelar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang kolot ini bahawa kekejaman keatas Anwar bukan isu remeh,  manipulasi mahkamah dengan keputusan yang nyata menyimpang bagi kes liwat bukan isu kecil, rasuah yang jelas nampak disorokkan bukan isu sempit. Pembebasan Anwar yang di perjuangkan tidak boleh dikategorikan oleh kamu sebagai pemikiran sempit reformasi.

 

Hishammuddin lebih lantang dan berani jika persoalan yang dikemukakan adalah isu yang tidak berkaitan dengan tindakan Mahathir terhadap Anwar dan dokongan UMNO terhadap satu bentuk fitnah yang jijik. Hishammuddin dengan bantuan Q&A MALAYSIA KINI cuba untuk menenggelamkan isu Anwar Ibrahim. Bagi UMNO tanpa isu Anwar Ibrahim adalah lebih mudah untuk mereka memanipulasi kita. Komentar sedar mereka (UMNO) cuba megenepikan isu Anwar supaya UMNO dapat menyatukan kembali sokongan keatas mereka.

 

REFORMIS,

 

Anwar Ibrahim adalah mangsa kekejaman Mahathir dan mereka yang menutupkan isu ini adalah mereka yang berhati  busuk dan jijik.  Mereka tidak ada simpati , tidak ada peri kemanusian dan sanggup melihat seorang umat Islam di hina sebegitu rupa oleh Mahathir. Hishammuddin adalah antara mereka yang bersenkongkol dengan Mahathir dan terus berusaha untuk menutup isu Anwar. Bagi mereka yang cuba melenyapkan/membisukan kezaliman dan ketidakadilan yang diperlakukan keatas Anwar perlu ditentang. Merekalah yang sebenarnya berfikiran sempit kerana hati mereka telah dibutakan dari terus melihat kebenaran.

 

HISHAMMUDDIN hentikan permainan anda. Reformis akan terus berjuang membebaskan Anwar Ibrahim dengan matlamat utama menuntut keadilan dan reformasi.

 

Komentar

Bebaskan Anwar Ibrahim

 

 

 

 

)