KOMENTAR

 

29.08.00

Salam Reformasi

 

HISHAMMUDDIN HUSSIEN ONN MAHU MENYEMARAKKAN AGENDA MELAYU AGAR AGENDA ANWAR DIKABURI.

 

Mereka meminta Suqiu memohon maaf. Mereka mahu jadi lebih brutal lantas satu perhimpunan halal yang sudah mereka haramkan dilaksanakan. Halal bagi mereka haram bagi kita.

 

Mereka menjerit-jerit slogan berbau perkauman. Mereka seolah-olah menuntut hak dari Suqui dalam membicarakan 17 memorandum mereka. Gagah konon Aziz Sheikh Fadzil, kerana melangkaui sifat anti demonstrasi dengan berdemonstrasi kononnya HAK KEISTIMEWAAN MELAYU DI CABAR.

 

Sekarang Hishammuddin pula yang menggesa Suqui supaya memohon maaf. Langkah politik kerana takut pencenaran nama dalam arena politik UMNO.

 

Hishammuddin mahu namanya tidak dikaburi Aziz Sheikh Fadzil. Semua agenda politik sedangkan agenda rakyat ditolak ketepi..