KOMENTAR

Komentar

11.05.2000

 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam ucapannya semalam melabel UMNO itu MELAYU dan MELAYU itu UMNO. Sebarang pembunuhan UMNO dikatakan sebagai matinya MELAYU. Apalah cetek sangat Ketua Pemuda UMNO ini. Parti adalah platform mereka. Platform itu memang benar disertai oleh Melayu tetapi platform itu BUKAN Melayu. Melayu UMNO kini menjadi melayu yang korup kerana pucuk pimpinan yang korup , zalim dan tidak adil.

 

Buat Ketua Pemuda UMNO,

 

Yang menjahanamkan Melayu adalah Mahathir dan inilah musuh No 1 Melayu. Sedarlah Maahthir adalah libiliti dalam UMNO dan kini membebankan keharmonian negara. Libiliti ini juga menular meruntuhkan sistem demokrasi negara ini, sistem keadilan dan badan kehakiman turut menjadi mangsa.

 

Dato Hishammuddin , Mahathir TIDAK RELEVAN