KOMENTAR

 

10.09.2000

Salam Reformasi

 

HISHAMMUDIN DAN JAWAPANNYA DALAM MALAYSIA KINI HANYA SATU GIMMIK

 

Bila di tanya tentang rasuah Mahathir (penyalahan guna kuasa dalam menghalang siasatan BPR keatas Bekas Gabenor Malaysia,Hishammuddin Tun Hussien menjawab bahawa beliau percaya pihak BPR dan Polis akan meneliti kes tersebut dan  akan membuat siasatan keatasnya. Hishammuddin terus mengatakan bahawa kerajaan senantiasa berusaha membenteras rasuah dalam negara ini. Apakah kenyataan ini boleh dipercaya? Lihat sahaja kes rasuah Rafidah Aziz. Dokumen yang ditandatangani oleh Abdul Gani Patail ( Pejabat Peguam Negara) memutuskan bahawa terdapat asas untuk menghadapkan  Rafidah Aziz atas tuduhan rasuah. Apabila pembangkang berjaya membongkar dokumen tersebut dan membaca akuan terdapatnya unsur-unsur rasuah, secara tiba-tiba kes itu dirujuk kembali kepada BPR dan tuduhan keatas Rafidah Aziz hanya tinggal monument yang mengatakan negara ini diperintah oleh pelindung rasuah terkenal yakni Mahathir.

 

Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam sessi soal jawabnya dengan pembaca Malaysia Kini tidak dikemukakan dengan persoalan-persoalan yang melibatkan secara langsung mainan badan kehakiman dan perundangan oleh Mahathir terhadap isu Anwar. Soalan-soalan berbentuk keistimewaan Melayu dan beberapa persoalan yang tidak menjerumus kepada polimik terbuka terhadap tindakan ganjil yang di ambil oleh badan kehakiman  tidak langsung dikemukakan atau telah di SENSOR oleh Malaysia Kini.

 

Ambil contoh , atas tuduhan menyalahguna kuasa Anwar Ibrahim dikenakan penjara 6 tahun sedangkan Sdr Anwar tidak mempunyai kuasa khusus terhadap polis.

 

Apabila di belasah oleh Rahim Noor, beliau dikenakan penjara 3 bulan sedangkan beliau mempunyai kuasa menyeluruh atas Jabatan Polis. Apakah sebenar asas memenjara dan hukuman yang dibuat oleh Hakim. Justifikasi beliau adalah Timbalan Perdana Menteri tidak berasas kerana Jabatan Polis tertakluk kepada Menteri Dalam Negeri dan kala itu adalah Maahthir sendiri.

 

Sdr Anwar Ibrahim di hukum seberat-beratnya sedangkan Rahim Noor, mereka yang berkuasa penuh dalam atas keselamatan dalam negeri memukul dengan teruk sekali Sdr Anwar Ibrahimdalam tahanan dan jagaan Polis.

 

Hishammuddin tidak di Tanya langsung tentang RULE OF LAW dan keanehan pindaan tuduhan keatas kes liwat Anwar Ibrahim. Soalan-soalan yang dikemukakan seolah-olah ditapis dan bagi menjaga kepentingan dan maruah Hishammuddin dan menolak tepi isu keadilan sebenarnya.

 

Siapa yang sebenarnya menjalankan tapisan MALAYSIAKINI atau HISHAMMUDDIN

 

KOMENTAR

Bebaskan Anwar Ibrahim