Petikan Akhbar Utusan Malaysia yang menunjukkan bahawa GPMS akan tetap berhimpun.

Datuk Suhaimi Ibrahim di bawa naungan GPMS, tetap mahu mengadakan perhimpunan seluruh Malaysia bagi mendesak agar Suqiu menarik balik rayuan atau tuntutan yang membabitkan persoalan mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Apa sebenarnya motif dan matlamat GPMS amat kabur sekali kerana isu perhimpunan GPMS adalah isu perkauman dan ini amat merbahaya dan mampu menjejaskan keharmonian perpaduan negara . Andai GPMS masih mahu meneruskan perhimpunan tersebut Komentar mencadangkan agar GPMS tidak diberi keistimewaan dalam melaksanakan perhimpunan mereka. Langkah mereka harus dipersoalkan kerana langkah mereka sebenarnya mahu bermain dan memanaskan isu perkauman. Datuk Suhaimi Ibrahim dalam menilai langkah yang perlu diambil oleh GPMS keatas Suqiu seharusnya tidak melihat perkara ini dari sudut politik khususnya politik beliau sahaja. Beliau harus lebih rasional kerana percubaan beliau untuk membuat perhimpunan seluruh negara mengenai isu perkauman merupakan satu ancaman kepada keharmonian perpaduan negara. 

Berbeza dengan perhimpunan aman yang dilaksanakan oleh Parti Pembangkang khususnya REFORMASI mendesak Dr Mahathir untuk meletak jawatan. Itu tidak melibatkan perpaduan kaum tetapi jelas hanya menyampaikan mesej agar Mahathir berundur dan membebaskan Anwar Ibrahim yang di zalimi. Ini isu hak kemanusian secara total bukan menyentuh mana-mana kaum. Ini lebih kepada menentang pengamal rasuah dan penyalahgunaan kuasa demi kepentingan politik individu.

Datuk Suhaimi Ibrahim harus di nilai atas kesalahan beliau dari sudut keselamatan negara. Komentar yakin Datuk Suhaimi Ibrahim andai meneruskan hasratnya untuk berhimpun beliau tetap kebal seperti mana Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya dari tindakan yang menyalahi undang-undang.

Komentar

Komentar