HERET DAIM DAN KRONI KEMAHKAMAH RAKYAT MALAYSIA DIAMBANG KEJATUHAN

 

Selasa, 23hb Jan 2001 berita harian 'Headline' BPR SIASAT JUALAN BON RM19 BILLION, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita yang menunjukan ketidak becusan manusia-manusia pilihan Dr.M. Tidak habis lagi cerita Tajuddin Ramli di 'bailout' dengan menggunakan duit rakyat, sekarang diagihkan lagi dengan kebodohan ejen-ejen Mahathir dalam mengendalikan bon nasional yang saya percaya Daim dan kuncunya memainkan peranan dalam mengeluar dan memasarkannya.

 

Saya percaya dalam seminggu dua Datuk Ahmad Zaki (BPR) akan mengeluarkan kenyataan yang kes ini akan dapat diselesaikan dalam waktu dekat. Yang lebih mengherankan tidak satu kenyataanpun keluar dari mulut Daim, dan menteri-menteri kabinet lainnya, Nazri Tan Sri Azis bagai lembu yang dicucuk hidung hanya mendiamkan dirinya (play save) walaupun dia tahu banyak akan kehilangan bon tersebut.

 

RM19 billion bukan jumlah yang sedikit kalau diagihkan kepada peniaga kecil sudah tentu kenyataan PENIAGA MELAYU HANYA MENGHARAPKAN BANTUAN KERAJAAN tidak akan terdengar lagi, tapi inilah kerajaan BN, kerajaan Mahathir yang tahu cuma menyalahkan orang lain saja, tidak cuba membetulkan diri. Daim Zainuddin mesti mempertanggung jawabkan kehilangan tersebut, mari para reformis kita heret mereka ke mahkamah rakyat.

 

Bangunlah saudaraku terlalu banyak kerosakan yang mereka cipta, sudahlah sistem kehakiman semakin hancur apakah lagi dengan pelantikan si Mokhtar sebagai hakim mahkamah persekutuan yang sudah tentu mempunyai skrip tersendiri yang akan dimainkannya, Ainun peguam negara hanya meneruskan skrip yang ditulis Mokhtar sedangkan 'Chief Justice' yang baru hanya menunggu waktu yang sesuai untuk diambil alih hang Mokhtar. Ini semua sudah diatur sedemikian rupa agar Mahathir dan kuncunya dapat membangkrapkan Malaysia tanpa perlu pertanggungjawapan.

 

Cuba kita semua fikirkan dengan keadaan yang sedemikian, apakah kita percaya yang pelabur asing akan melabur Malaysia 'NONSENSE'. Oleh itu marilah kita turun kejalan laungkan reformasi tunjukkan mereka jalan keluar heret mereka ke mahkamah rakyat sepertimana rakan-rakan kita di Phillipine dan Indonesia. Marilah para mahasiswa bangunlah tunjukan pada mereka dan rakan-rakan kita di Filipina dan Indonesia yang kita adalah anak muda yang berjiwa patriot seperti mereka, berani demi kebenaran dan keadilan, demi memperjuangkan maruah bangsa.

 

'KALAU TAKUT MENGHADAP RESIKO JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN'.

 

a@2000