KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

11.06.2000

Salam Reformasi,

 

MENGULAS SURAT TERBUKA HASSAN KARIM (PARTI RAKYAT MALAYSIA PADA KONGRESS KEBANGSAAN PARTI RAKYAT MALAYSIA KE 33)

 

Kita dalam PRM selama ini telah berkhidmat sebagai sebuah parti pembangkang. Kita tidak pernah berada di pihak kerajaan. Kita pernah ada wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan beberapa Majlis Perbandaran. Telah 30 tahun lebih kita gagal ke Parlimen. Namun PRM terus berjuang. Kita bangga dengan apa yang kita lakukan walaupun kita tidak menang dalam banyak kali pilihanraya. Kita tidak bersedih dan berpatah hati. Kita sesekali tidak berasa rendah diri. Kita tidak hiba dan lemah semangat. Setiap kali kita kalah, anggota PRM akan bangkit kembali dengan berani. Kita mempunyai keyakinan diri kuat terhadap cita-cita perjuangan PRM  petik dari surat terbuka Hassan Karim PRM.

 

Amat kagum Komentar dengan surat terbuka Sdr Hasan Karim sewaktu Kongress Kebangsaan PRM kali 33. PRM sebagai sebuah parti pertubuhan yang paling lama, tetap gigih meneruskan perjuangan walaupun tewas beberapa kali pada pilihanraya umum. Jelas surat terbuka Sdr Hasan Karim menunjukkan sikap kepimpinan yang matang, berani berdepan dengan hakiki serta berjaya melalui beberapa proses pengujian oleh kerajaan.

 

“ Kita perlu berani mengukur diri kita sendiri” tulis beliau dalam surat terbuka dalam usaha membangunkan parti ketahap yang lebih maju dan berwawasan besar. Hasan Karim dalam kenyataannya menggesa kepimpinan PRM menyetujui percantuman antara keADILan dan PRM. Pengabungan ini akan lebih memantapkan perjuangan dengan barisan kepimpinan yang matang dan berwibawa.

 

Hasan Karim mahu gabungan ini menjadi satu gabungan kuat dalam memastikan kejayaan kita kelak.

 

Komentar dalam membaca tulisan beliau percaya bahawa persetujuan PRM bergabung dengan keADILan akan memperluaskan tuntutan reformasi.

 

Komentar