Assalammualaikum W.w. dan Salam Sejahtera. 

Salam Reformasi kepada keseluruhan rakyat Malaysia. Hari ini, 16 September merupakan detik-detik bersejarah yang telah dirakamkan di negara kita.

Pada tanggal 16 September 1963 terbentuklah satu pakatan di mana Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) bersama dengan Borneo Utara (sabah), Sarawak dan Singapura bergabung dalam 'Malaysia'. Wajarlah hari ini diperingati dengan penuh sifat patriotik.

Kerajaan Barisan Nasional nampaknya membuat sambil lewa terhadap hari yang penuh bersejarah ini sekaligus mewujudkan senario menidakkan kewujudan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. 31 Ogos 1957 tidak sama dengan 16 September 1963!

Kewujudan Malaysia yang terdiri dari 14 buah negeri dan mengandungi pelbagai etnik dan bangsa di dalamnya harus mendapat pengiktirafan secara keseluruhan.

Laman-laman Pro Reformasi mengambil inisiatif ini dengan mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh warganegara Malaysia yang patriotik. Perubahan atau Reformasi terbukti begitu penting terhadap negara dari segi pembangunan insaniyyah, perpaduan ekonomi, sosial mahupun politik.

Webmaster,

 

Laman Reformasi
http://mahazalimtwo.tripod.com
mahazalimtwo@yahoo.com

Laman Pro Reformasi KOMENTAR
http://komentar.tripod.com
hh_98@hotmail.com

Laman Pemantau
http://pemantau.tripod.com
pemantau@hiram.net

Laman Black14
http://reform-black14.tripod.com
black14warrior@yahoo.com

Laman Reformasi Rakyat
http://reformasirakyat.tripod.com
melreform@hotmail.com