Ajaran Sesat Wajar Di Hapuskan

 

Kebelakangan ini isu ajaran sesat semakin menjadi begitu penting sejak peristiwa rampasan senjata di Grik. Oleh kerana kumpulan al-Ma’unah didakwa oleh kerajaan sebagai suatu ajaran sesat, maka timbul rancangan kerajaan bagi memantau dan mengawasi setiap aktiviti atau perjalanan sesebuah pertubuhan terutama yang berkaitan persilatan dan agama. Sebenarnya perkara ajaran sesat ini telah lama wujud dan tidak dinafikan memang ada pertubuhan dalam negara kita ini yang boleh dianggap atau disahkan sebagai sesat. Dalam perkara ini, saya perlu ambil istilah sesat dalam kontek agama Islam itu sendiri.

 

Saya amat bersetuju 100% dengan sebarang langkah serta tindakan yang bakal diambil oleh kerajaaan terhadap pertubuhan atau orang perseorangan yang jelas kesesatannya. Kita tidak harus berkompromi dengan sesuatu kesesatan apatah lagi jika ianya melibatkan pegangan akidah agama. Kita patut bersyukur pada Allah dan ‘berterima kasih’ kepada kerajaan hari ini yang begitu perihatin terhadap isu gejala sesat.

 

“Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalannya, dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.”

     Al An'aam-117

 

Saya harap langkah tersebut akan menjadi kenyataan dan tindakan yang keras serta tidak bertolak ansur adalah jalan yang terbaik. Oleh itu marilah kita mulai langkah itu dengan mengharamkan serta menghapuskan sama sekali United Malay National Organisation atau panggilan singkatnya, UMNO yang mengetuai segala masalah kesesatan yang terjadi di negara kita yang tercinta ini. Mengapa!? Diantara alasan-alasannya adalah seperti berikut:

 

1.      Umno mengaku sebagai sebuah parti Islam tetapi kebanyakan pemimpin hinggalah ke ahli biasa, mengamalkan perkara yang bertentangan sama sekali. Rasuah, pilih kasih, politik wang, fitnah, peras ugut, skandal seks, judi, rasuah, bunuh dan berbagai-bagai lagi.

 

“Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan pertunjuk Tuhan), dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan.”                                   An Nisaa-44

 

2.      Perlembagaan Umno tidak bersandarkan kepada al-Quran/Hadis. Umno memperjuangkan ketuanan bangsa bukan agama. Islam menolak sama sekali konsep kebangsaan.

 

3.      Presiden Umno merupakan orang yang jahil dalam ilmu agama tetapi berlagak bagaikan tahu segala-galanya. Dr. Mahathir mahu ahli-ahlinya menurut secara membabi buta segala arahan serta bersetuju dengan  tindakan/keputusan yang telah dibuatnya sendiri. Ini tidak menepati ciri-ciri pemimpin yang dikehendaki Islam.

 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-As r.a katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula.”

(H.R. Bukhari & Muslim)

 

4.      Dr. Mahathir menghina Nabi Muhammad s.a.w. dan hukum-hukum Allah. Dia sebenarnya tidak pernah menyeru ahli-ahlinya dan juga rakyat (sebagai PM) untuk kembali kepada Islam malah memperlekehkan Ulama-ulama yang mengajak rakyat ke jalan yang diredahi Allah.

 

“Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan, maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan kebenaran.”                                                                                                                Al Israa-48

 

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain dari jalan Allah (agama Islam), sebenarnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”

        An Nisaa-167

 

5.      Umno sebagai peneraju pemerintah negara tidak mahu mendaulatkan Islam sebagai perlembagaan dan satu peraturan dalam bernegara. Menganggap al-Quran/Hadis tidak lengkap. Lebih yakin dengan hukum dan peraturan buatan manusia (hamba Tuhan) yang tidak luput membuat kesilapan.

 

6.      Dr. Mahathir angkuh memfitnah begitu keji sekali dengan menjatuhkan sendiri hukuman  terhadap sesama saudara Muslim iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebelum beliau didapati bersalah. Perbuatan Dr. Mahathir memalukan serta memberi contoh akhlak yang tidak baik seluruh dunia dan umat Islam.

 

7.      Dr. Mahathir menyarankan supaya al-Quran/Hadis ditafsirkan semula mengikut masa dan suasana kini. Baginya al-Quran/Hadis tidak sesuai untuk sepanjang masa.

 

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.                                   Ali ‘Imran-164

 

8.      Dr. Mahathir adalah penyumbang besar kepada keruntuhan akhlak, masalah sosial, murtad, penagihan dadah dan arak, hiburan, jenayah dan seribu macam gejala kemungkaran terutama yang terjadi kepada muda-mudi Muslim. Padanya inilah tanda kemajuan dunia, kebebasan yang tiada sempadan. Dia langsung tidak memikirkan tentang pembangunan rohani. Pendidikan agama di sekolah dan IPT diambil perhatian ringan dan dianggap remeh temeh serta tidak penting.

 

9.      Dr. Mahathir menendang jauh hukum hudud Allah seraya menyifatkan ianya amat tidak bertamadun dan kejam. Malah dia berani mengambil tindakan kepada orang yang ikhlas menjalankan tugas amar maaruf nahi mungkar. Mufti dibuang, pegawai agama dicerca.

 

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.”                                                                     Al A'raaf-175

 

10.  Umno sebagai peneraju BN mendakwa hanya mereka yang layak memberi kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran malah menyuapkan rezeki kepada rakyat di negara ini. Sesungguhnya ini adalah suatu perkara yang paling menyesatkan.

 

11.  Umno membiarkan sekutunya (MCA & MIC) memperlekeh-lekehkan agama Islam yang suci dengan menganggap ianya sesuatu yang tidak berfaedah dan memudaratkan manusia. Umno bersama-sama sekutunya dalam BN telah meletakkan taraf sebegitu rendah terhadap agama Islam.

 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”                                                                                     An Nisaa-116

 

Bukankah ini semua sebahagian dari perkara-perkara yang sesat lagi menyesatkan yang mereka lakukan? Oleh itu kita tidak boleh lagi bergantung harap kepada kerajaan sekarang kerana Umno adalah sebahagian darinya maka tibalah masa kita beralih kepada kerajaan yang benar-benar tidak sesat yang mahu berpaksikan hukum Allah. Umno hanya pandai melihat kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain tanpa melihat pada diri sendiri yang sudah begitu lama membawa ajaran sesat serta menjerumuskan rakyat terutama masyarakat Islam ke dalam lubang gelap sesat yang hina.

 

Ayuh!! Bangkitlah saudara-saudaraku, buangkan Umno (yang jelas menolak Islam) sejauh-jauhnya. Mereka telah mengelincirkan kita dari landasan keimanan lalu menghumbankan kita semua termasuk anak cucu generasi akan datang ke lembah kekufuran dan kebinasaan. Didoakan kepada Allah s.w.t. semoga dijauhi kita dari di tempatkan bersama-sama orang yang dilaknati di akhirat kelak. “Ya Allah! Sesungguhnya kami mohon perlindungan kepadaMu agar tidak kembali kepada kekafiran atau tidak difitnah dari agama kami.”

 

“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

                                                                                                                                  Al Fatihah-7

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.”                                                                                                          Al Maa’idah-105

 

OsamaLaden@most-wanted.com