PENGUNDI HANTU ADA YANG MENGAKU TERIMA UPAH

 

Mereka mengaku menerima upah untuk hadir mengundi. Mereka juga mengatakan bahawa nama mereka telah di daftarkan oleh orang BN

Mereka tidak langsung kenal Lunas, bagaimana agaknya mereka menjadi pengundi di sana?

Mereka ada yang cuba mengatakan bahawa mereka hadir sebagai satu rombongan melawat Kedah. Bulan puasa melawat Kedah ! Sebenarnya mereka antara yang di bawa untuk mengundi. Walaupun mereka berdaftar di sana yang pentingnya antara mereka tidak langsung tahu Lunas sebelum ini. Ini kerja siapa? Masakan kita dari Alternatif ada kuasa keatas SPR?

PakCik ini mengaku menerima upah sebanyak RM 100.00 untuk hadir mengundi di Lunas. Bila Komentar meminta beliau melapurkan kepada polis mereka tidak berani. Budaya takut ini adalah budaya yang di didik oleh BN khususnya kerajaan Mahathir.