KOMENTAR

6 BAS PENGUNDI HANTU DI TAHAN DI BALAI POLIS LUNAS

JAM : 9.30 pagi

29.11.2000 6 Bas yang sarat dengan pengundi hantu telah di tahan di Balai Polis Lunas. Wakil Komentar di Lunas memaklumkan bahawa antara yang di tahan telah mengaku bahawa mereka hadir untuk mengundi. Dimaklumkan kepada Komentar bahawa antara 6 bas yang di tahan di balai polis tersebut datang dari RAUB Pahang. Komentar turut dimaklumkan bahawa sehingga 10.00 pagi tadi satu lagi bas di tahan dan di percayai membawa pengundi hantu. Kepimpinan Parti keADIlan Nasional hadir di balai polis Lunas untuk menentukan agar lapuran polis di buat dengan sempurna tentang kehadiran pengundi-pengundi hantu di Lunas. Apakah ini cara Barisan Nasional mengaut kemenangan semasa pilihanraya umum dahulu? Apakah ini tidak memalukan Barisan Nasional dan SPR dalam mengadakan satu undi yang telus.

Kehadiran pengundi hantu sebelum ini memang dipercayai wujud tetapi menurut wakil Komentar yang berada di Lunas inilah kali pertama beliau nampak kehadiran mereka dengan nyata.

Komentar