KOMENTAR

 

13hb Ogos 2000

SALAM REFORMASI

 

SYED HAMID ALBAR MERAPU

 

Beberapa hari ini Media Arus Perdana Menteri asyik menyiarkan kenyataan Syed Hamid Albar tentang kecaman keras dunia luar terhadap sistem kehakiman negara ini. Syed Hamid menyalak bagai ingin menegakkan benang yang basah. Syed Hamid berkata keputusan mahkamah adalah atas kes kesalahan jenayah dan bukan politik. Anwar kononnya dari mata Syed Hamid telah melakukan kes jenayah. Syed Hamid gagal menjelaskan kepada rakyat keadaan sebenarnya.

 

Kes jenayah apa yang menyaksikan banyak kekeliruan fakta, tarikh dan halangan dalam memberi peluang untuk Sdr Anwar membela diri secara terbuka.

 

Kes jenayah jenis apakah yang kesalahan jenayahnya tidak mempunyai tarikh yang spesifik. Perubahan tarikh dan fakta AZIZAN yang jelas menipu diambil sebagai bahan sahih.

 

Hanya kenyataan dan fitnah rekaan Dr Mahathir yang dilafazkan oleh manusia tidak bermaruah No 1 dunia yakni Azizan dijadikan sebab bagi menunjukkan Anwar bersalah.

 

Azizan sendiri mengatakan beliau tidak menukar tarikh tetapi perubahan tarikh dibuat oleh SAC Musa Hassan, pengkhianat Malaysia dan sistem keadilan negara.

 

Ingat satu dunia nampak bahawa sistem kehakiman kita telah rosak dan Hamid sedang menjadi penyapu buruk untuk membersihkan nama Mahathir.

 

Syed Hamid tidak perlulah menegakkan benang basah.

 

SYED HAMID, kes perbicaraan Anwar dan hukuman yang dikenakan keatasnya berbau politik busuk mainan Mahathir. Sekarang kamu pula cuba membusukkan diri sendiri untuk kerjaya politik sendiri.