KOMENTAR

 

 

24.09.2000

SALAM REFORMASI

 

HALIM SAAD BELASAH MUKA MAHATHIR

 

Pendedahan hutang lapuk 3 billion yang di miliki oleh Tan Sri Halim Saad di Hottick Investment yang telah di ambil alih oleh Dana Harta hanya menunjukkan kepincangan pentadbiran dalam negara ini. Bank-bank yang terlibat dalam Bailout program tersebut adalah Malaysan Banking, RHB, Commerce Asset Holding Bhd. Ini hanya menunjukkan bahawa kroni Mahathir adalah lebih penting dari rakyat. Mahathir yang sebelum ini tidak pernah mengakui terdapat "Bailout Program" nyata menipu. Asian Wall Street Journal mendedahkan perkara ini. Apakah penipuan-penipuan Mahathir ini tidak ada penghujungnya? Apakah kita rakyat Malaysia masih lagi senyap dan akur terhadap pemimpin yang menyapu harta rakyat demi untuk kroni dan keluarganya.

 

Apakah semua ini membantu pemulihan ekonomi atau sebaliknya menjahaman kita sebagai rakyat yang mempunyai hak.

 

Mahathir harus dihukum. Mahathir melakukkan segalanya untuk kepentingan peribadi dan rakyat disuapkan dengan cerita indah pembangunan.

 

Hentikan Mahathir dan kroni-kroninya.

 

Komentar

BEBASKAN ANWAR