KOMENTAR

 

25.07.2000

 

SALAM REFORMASI,

 

4 OGOS 2000

 

Mahkamah akan memberi keputusan mereka. Malaysia sedang melihat apakah keputusan Arifin Jaka. Arifin Jaka kini dibebankan bagi membuat 2 pilihan.

 

1.      Membebaskan Sdr Anwar Ibrahim dari segala tuduhan yang tidak berasas tersebut.

2.      Terus menerus memalukan sistem perundangan dan membunuh keadilan dengan keputusan “BERSALAHNYA”

 

Peguam-peguam seluruh dunia akan menyaksikan bagaimana mahkamah kita, sistem keadilan kita berfungsi. Bijak pandai Undang-Undang akan membuat evaluasi mereka.

 

Badan kehakiman  kita kini perlu memilih samada untuk terus mengorbankan keadilan kerana MAHATHIR atau menegakkan kewibawaan sistem kehakiman kita dengan memilih “verdict tidak bersalah”

 

Kita telah lihat pelbagai hujah yang menunjukkan bahawa kes ini dari peringkat awal lagi patut di campak kerana kegagalan mereka membuktikan tuduhan keatas Anwar Ibrahim.

 

Bayangkanlah kalau tarikh jenayah dibuat asyik berubah-ubah dan Azizan (sebagai isu dalam kes ini) sering memberi keterangan yang bercanggah.

 

Sdr Anwar Ibrahim PASTI jika mengikut saluran kehakiman yang benar dan telus akan didapati TIDAK BERSALAH.

 

Ayuh kita ke Mahkamah pada 4hb Ogos 2000 ini untuk menyambut pejuang rakyat kembali kepada rakyat.

 

Komentar