BARISAN ALTERNATIF, TIBA MASANYA KITA MENGUJI MUSA HITAM

Komentar 9/4/2000

 

Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia yang dipimpin oleh Dato Musa Hitam seharusnya boleh diuji sekarang ini. Komentar mencadangkan bahawa satu memorandum dihantar pula kepada beliau untuk menentukan bahawa Hak Asasi Manusia khususnya bagi kebebasan menyuarakan pendapat  terpilihara. Musa Hitam kini seharusnya dipertanggungjawab untuk menilai dan seharusnya memulakan langkah bagi menentukan kebebasan kita bersuara tidak terhalang. Musa Hitam juga seharusnya bersama-sama kita memperjuangkan Hak Asasi manusia khususnya di Malaysia. Musa Hitam juga harus berani bersemuka dengan para kepimpinan Barisan Alternatif dan memberi ulasan yang tidak berbelah bagi terhadap kes penderaan Anwar Ibrahim sebagai satu symbol pencabulan hak asasi manusia. Musa Hitam boleh mengambil langkah utama untuk mengkaji secara keseluruhan kes Anwar Ibrahim. Jangan pula Hak Asasi Manusia kita mengamalkan pengambilan kes terpilih-pilih.

 

Fikirkan

 

Komentar